Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

191) PEMBANGUNAN SEMULA RUMAH PANGSA PKNS SEKSYEN 17, PETALING JAYA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Apakah status pembangunan semula rumah pangsa PKNS Seksyen 17 (Jalan 17/1A) oleh PKNS?

    Klik jawapan »

  2. Adakah cadangan pampasan RM500.00 sebulan untuk sewa semasa pembangunan semula akan ditingkatkan?

192) WARGA INDUSTRI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan bilangan warga industri berdasarkan kewarganegaraan mengikut kawasan industri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kerajaan negeri mengadakan program latihan khas untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kos upah / gaji mereka kompetitif dan mencukupi untuk menyara kehidupan?

    Klik jawapan »

193) KEDAI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut


  1. Di kampung Paya Jaras terdapat beberapa kedai perniagaan yang telah di klasifikasi sebagai Kedai PLB, di mana individu mengaut keuntungan peribadi dengan memberi sewa kepada individu lain. Adakah dasar pemilikan sebenar Kerajaan Negeri terhadap penyewaan kedai PLB ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap mana-mana premis PLB yang telah disewakan kepada pendatang asing?

    Klik jawapan »

  3. Apakah Kerajaan Negeri akan mengenakan tempoh penyewaan bagi setiap unit premis supaya dapat memberikan peluang kepada usahawan yang baru?

    Klik jawapan »

194) PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN NEGERI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri yang telah diterima dan jumlah permohonan yang berjaya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kriteria keutamaan untuk kelulusan setiap permohonan?

    Klik jawapan »

195) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan peruntukan MARRIS yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan mengikut tahun sejak tahun 2008

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan jumlah peruntukan MARRIS kepada JKR, JPS, PADAT dan PBT mengikut tahun sejak tahun 2008

    Klik jawapan »

196) KEBAJIKAN PEGAWAI & JAWATANKUASA MASJID

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut


  1. Pegawai dan jawatankuasa masjid antaranya terdiri daripada Nazir, Imam dan Bilal. Apakah langkah kerajaan untuk menjaga kebajikan mereka?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan elaun terkini yang diberikan kepada yang layak dan adakah kerajaan bercadang untuk menambahnya?

    Klik jawapan »

197) LEMBU KORBAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah gred lembu yang dibekalkan dan apakah kaedah penimbangan yang diguna pakai?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana proses pemilihan pembekal, adakah melalui tender terbuka atau lantikan terus?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah harga seekor lembu dan jumlah perbelanjaan keseluruhan?

    Klik jawapan »

198) PEMBUANGAN SAMPAH DI TEBING SUNGAI KELANG

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk membersihkan Sungai Kelang

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan langkah yang dirancang untuk mengatasi pembuangan sampah di tebing Sungai Klang di Bukit Tandang, Kinrara, Puchong

    Klik jawapan »

199) LEBUHRAYA PANTAI BARAT (LPB)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini rancangan pembinaan Lebuh raya tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan pembinaan Lebuh raya Pantai Barat masih belum dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan berapakah keluasan tanah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan dalam pembinaan Projek Lebuh raya tersebut khususnya di Pekan Sekinchan?

    Klik jawapan »

200) TEKNOLOGI & INOVASI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Apakah kerajaan negeri mempunyai program khusus membantu usahawan IKS dalam pemindahan teknologi (technology transfer)?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan ada membantu sebarang usaha untuk mengkomersialkan hasil kajian dan inovasi?

    Klik jawapan »