Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

141) INTEGRITI ADUN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Terdapat integriti ADUN Kerajaan Negeri dalam siasatan kes rasuah pasir. Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap pekara ini?

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membiayai kos guaman jika mereka terbabit didakwa di mahkamah?

142) TABUNG KECEMASAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Bagaimana Tabung ini diuruskan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat-syarat yang dikenakan untuk mendapat bantuan ini?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimana penglibatan kerajaan Negeri dengan agensi-agensi kerajaan lain bagi menangani masalah kecemasan?

    Klik jawapan »

143) PORTFOLIO EXCO

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Terdapat lantikan baru dan rombakan portfolio EXCO agama kerana perubahan dalam parti PAS Selangor selaku komponen dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Apakah rasional rombakan portfolio pada EXCO yang baru sehingga portfolio agama tidak lagi dipegang seperti EXCO sebelumnya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah YAB Dato' Menteri Besar tidak percaya dengan parti PAS?

    Klik jawapan »

  3. Apakah YAB Dato' Menteri Besar mampu melaksana tugasan portfolio penting yang banyak dan sekali gus dengan berkesan?

    Klik jawapan »

144) PAGAR-PAGAR PEJALAN KAKI DI JAMBATAN JALAN TENGKU KELANA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Pagar-pagar pejalan kaki di jambatan Jalan Tengku Kelana, Klang telah dicuri. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos keseluruhannya untuk pagar-pagar pejalan kaki di jambatan Jalan Tengku Kelana, Klang?

    Klik jawapan »

145) PENYAMPAIAN MAKLUMAT YANG TELUS

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Sedia maklum di Negeri Selangor kini telah banyak isu-isu sensasi yang berkaitan telah wujud dan berbangkit. Bagaimanakah cara serta tindakan yang akan diambil atau dijalankan Kerajaan Negeri dalam menangani isu-isu sensasi tersebut?

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil dari Kerajaan Negeri dalam membendung perkara sebegini dari terus berleluasa?

  3. Apakah Kerajaan Negeri akan menyampai serta menyalurkan maklumat secara telus dan terbuka kepada rakyat di Negeri Selangor?

146) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah kerajaan bercadang mendirikan lebih banyak Rumah Mampu Milik dan apakah terdapat teknologi yang boleh mengurangkan lagi kos pembinaan supaya dapat dijual dengan harga yang lebih murah ?

    Klik jawapan »

147) PELANTIKAN PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan sumbangan-sumbangan dan buah fikiran Penasihat Ekonomi Negeri Selangor tersebut yang telah diterapkan di dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan berapakah gaji bulanan atau elaun yang diterima oleh Encik Rafizi Ramli selaku CEO di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan jumlah kos mengendali bulanan (monthly overhead cost) pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu?

    Klik jawapan »

148) PELBAGAI PROJEK DI BAWAH KDEB

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap pengurusan Projek Selangor Halal Hub yang tidak memuaskan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap harga jualan hartanah di Taman Malawati Jaya Kuala Selangor oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad yang tidak mengikut nilai pasaran semasa?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap projek usahasama Cyber Valley Commercial Centre di Mukim Dengkil yang merugikan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad?

    Klik jawapan »

149) PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah pendekatan dan bentuk kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor dengan persatuan sukan negeri atau daerah serta pihak swasta dalam mencari dan mencungkil bakat-bakat baru belia remaja yang berpotensi dan berkualiti di dalam sukan-sukan tertentu?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah keberjayaan Majlis Sukan Negeri Selangor di dalam pembangunan belia dan sukan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah kewangan di dalam program pembangunan belia dan sukan? Sila nyatakan senarai dan jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada pihak yang berkaitan.

    Klik jawapan »

150) LESEN KAFE SIBER

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Selepas enam tahun lesen pembukaan kafe siber ditahan, kini sekatan tersebut telah ditarik balik. Apakah yang mewajarkan sekatan lesen kepada kafe siber ditarik balik?

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada peniaga?

    Klik jawapan »

  3. Adakah dengan syarat-syarat ini dapat menjamin tidak berlakunya gejala sosial dan perjudian?

    Klik jawapan »