Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

1) GERAN SELANGORKU Ð PEMBAIKAN INFRASTRUKTUR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah daripada dana RM50 juta geran ini bagi pembinaan infrastruktur baru jika ada?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah pecahan yang akan diperuntukkan bagi pembaikan jalan raya dan berapakah bagi pembaikan perparitan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah badan atau agensi pemantau yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri dalam melaksanakan projek-projek pembaikan tersebut?

    Klik jawapan »

2) HASIL PENDAPATAN NEGERI

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan berapakah jumlah cukai yang telah dikutip oleh Kerajaan Negeri secara perbandingan sejak 5 tahun yang lepas ?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan berapakah jumlah tunggakan hasil bagi setiap Pejabat Daerah Dan Tanah serta kesemua PBT di Negeri Selangor sehingga 31/12/2011 ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah pendekatan dan kaedah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mengutip semula tunggakan hasil cukai tersebut ?

    Klik jawapan »

3) PERUNTUKAN AHLI MAJLIS MPAJ ZON 24

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Ahli Majlis MPAJ Zon 24 telah membelanja untuk lawatan sambil belajar ke Kelip-Kelip Kuala Selangor pada tahun Nov 2011 sila jelaskan kenapa kos tersebut begitu tinggi dan sila kemukakan semua bukti atau bil.

    Klik jawapan »

  2. Ahli Majlis MPAJ Zon 24 telah membelanja peruntukkan hiasan bagi Hari Raya Cina 2011 sila kemukakan semua bukti seperti dimanakah lampu ini digantung dan bil.

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah peruntukkan ahli majlis zon 24 digunakan untuk pengubahsuaian pejabat dan adakah kegunaan tersebut dibenarkan? Sila jelaskan.

    Klik jawapan »

4) PERLANTIKAN AHLI MAJLIS

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Bertulis


  1. Apakah masalah menyebabkan pelantikan Ahli Majlis tertangguh?

  2. Apakah kuota Ahli Majlis yang diperuntukkan untuk badan NGO menjadi?

  3. Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk melantik Ahli Majlis yang profesional dan bukan dari ahli politik?

5) KEUNTUNGAN GLC

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan keuntungan semua GLC sepanjang tahun 2011.

    Klik jawapan »

  2. Apakah masalah yang dihadapi bagi GLC bukan berorientasikan keuntungan?

    Klik jawapan »

6) KEMUDAHAN ASAS SEPERTI JALAN DAN LONGKANG LUAR BANDAR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Mengapa keadaan kemudahan asas di kawasan luar bandar tidak diselenggara dengan baik?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap perkara ini?

    Klik jawapan »

7) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak peruntukan yang telah diluluskan dan dibelanjakan dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor sejak ianya dilancarkan pada tahun 2009 mengikut DUN?

    Klik jawapan »

  2. Berikan bilangan pelajar yang telah menerima manfaat dalam program ini dan adakah kerajaan akan menambah bilangan mata pelajaran demi menjadikan PTRS lebih menarik kepada pelajar-pelajar?

    Klik jawapan »

8) GERAN PILIHANRAYA BERSIH DAN ADIL

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan Negeri bagi memastikan pilihanraya akan datang bersih dan adil?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah AJK dalam jawatankuasa yang bertanggungjawab?

    Klik jawapan »

9) PEMBERIMILIKAN TANAH

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan permohonan dan pemberimilikan tanah dikeluarkan kepada penduduk Kampung Tradisi dan Kampung Baru sejak Mac 2008 untuk kegunaan kediaman dan pertanian?

    Klik jawapan »

  2. Berapa lama yang diperlukan untuk pemprosesan permohonan tanah kerajaan kepada hak milik persendirian?

    Klik jawapan »

  3. Apakah dasar Kerajaan terhadap pemberimilikan tanah pegangan kekal( free hold )?

10) PERMASALAHAN BANJIR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Secara amnya jika berlakunya banjir akan mengakibatkan kerugian kepada harta benda serta kehilangan nyawa, kebanyakan masalah banjir kilat yang kerap berlaku adalah berpunca daripada sistem perparitan yang bermasalah. Apakah bentuk kemudahan dalam menangani dan menambahbaikkan sistem perparitan sedia ada bagi mengatasi masalah tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Selain dari melebar dan mendalamkan sistem perparitan serta menyediakan kolam takungan, adakah mekanisme lain dari itu?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan statistik terkini kawasan yang kerap dilanda banjir kilat di Negeri Selangor khususnya Pelabuhan Klang?

    Klik jawapan »