Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

21) HEMODIALISIS LZS

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan pusat hemodialisis yang dipunyai LZS di seluruh negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos untuk menguruskan semua pusat berkenan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah cadangan untuk diujudkan di DUN Meru?

    Klik jawapan »

22) BANTUAN KEPADA RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak keeping tanah dan saiz tanah yang telah diluluskan kepada persatuan-persatuan rumah ibadat selain Islam di Selangor sejak 2008 sehingga sekarang?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan kepada persatuan- persatuan rumah ibadat selain Islam di Selangor sejak 2008 sehingga sekarang?

    Klik jawapan »

23) PERUNTUKAN ADUN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Bertulis


  1. YB EXCO Sri Kembangan pernah menyatakan bahawa Kerajaan Selangor memberi RM500 Ribu kepada setiap ADUN tetapi peruntukan di Kawasan DUN yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional akan diuruskan oleh EXCO Kerajaan Selangor atau penyelaras Pakatan Rakyat. Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan untuk mengelakkan kesalahguna peruntukan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Adakah masalah kesalahguna peruntukan berlaku di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan dengan terperinci pemberian peruntukan bagi N6 Kuala Kubu Baru pada tahun 2008 hingga 2011. Senaraikan penggunaan peruntukan ini daripada yang tertinggi hinggalah kepada yang terendah.

    Klik jawapan »

24) PENUTUPAN ASRAMA YAYASAN SELANGOR KG PANDAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis


  1. Baru-baru ini Yayasan Selangor mengumumkan penutupan Asrama Toh Puan Norasyikin di Kampung Pandan bagi tujuan pembangunan semula. Apakah rasional penutupan ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarikat yang terlibat dalam memajukan tanah tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Berapa dan apakah bentuk pulangan yang diterima oleh pihak Yayasan daripada projek pembangunan tapak ini?

    Klik jawapan »

25) PELAN TINDAKAN GAJI MINIMA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah Pelan Tindakan ke atas perlaksanaan gaji minima bagi sektor awam dan swasta?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha kerajaan Negeri dalam mengawal pengambilan pekerja-pekerja asing di sektor swasta, sehingga menafikan peluang pekerjaan bagi warga tempatan?

    Klik jawapan »

26) STANDCO

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan nama dan senarai anggota STANDCO yang terdapat pada Kerajaan.

    Klik jawapan »

27) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Kenapakah faedah dari hasil pasir hanya disalurkan kepada Ketua-ketua Kampong hanya sekali sahaja (2009)?

    Klik jawapan »

28) PERNIAGAAN RUMAH URUT DAN PUSAT PELACURAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Kini terdapat banyak perniagaan rumah urut dan pusat pelacuran bagai cendawan tumbuh selepas hujan di Negeri Selangor. Apakah tindakan yang diambil dari Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan serta Pihak Berwajib dalam menangani permasalahan ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bentuk pemantauan yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan sila senaraikan perniagaan tersebut yang terdapat di dalam daerah Klang?

    Klik jawapan »

  3. Adakah syarat-syarat khas dari Kerajaan Negeri untuk meluluskan permohonan serta lesen bagi membolehkan mereka berniaga?

    Klik jawapan »

29) JUMLAH PELABURAN DARI NEGARA CHINA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis


  1. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat banyak lawatan yang dilakukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) ke negeri China. Berapa banyak lawatan kerajaan negeri ke negara China sepanjang 2009, 2010 dan 2011?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak pelaburan dari negeri China yang diterima oleh kerajaan negeri sepanjang 2011?

    Klik jawapan »

30) KEMUDAHAN SKIM PEMILIKAN TANAH KERAJAAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah dan statistik rakyat yang menikmati kemudahan Skim Pemilikan Tanah Kerajaan dengan pilihan pembayaran premium tanah sebanyak RM1000 terlebih dahulu ?

    Klik jawapan »