Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

51) ENVIRONMENT MANAGEMENT PLAN(EMP) HUTAN SIMPANAN YANG DILADANGKAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Adakah EMP diwajibkan ke atas pengusaha ladang-ladang di Hutan Simpanan ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah sistem pemantauan yang diamalkan oleh Jabatan Perhutanan untuk memastikan EMP dikawal selia?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pelan Kerajaan dalam memulihara Hutan Simpanan tersebut supaya spesies endemik dan biodiversiti dikembalikan?

    Klik jawapan »

52) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Sejak pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor pada 2008, seramai 13,367 orang pelajar SPM yang mendapat faedah dari PTRS. Sehubungan itu, berapa ramaikah pelajar yang telah lulus dalam SPM selepas menghadiri program ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peratus peningkatan prestasi pelajar SPM selepas menghadiri tuisyen percuma ini?

    Klik jawapan »

53) RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bilangan projek rumah terbengkalai di Selangor yang telah diwariskan oleh Kerajaan Negeri Selangor semasa pemerintahan UMNO/ BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat sekarang ini ?

    Klik jawapan »

  2. Berapa pula bilangan projek rumah terbengkalai ini yang telah berjaya di selesaikan oleh Kerajaan Negeri ?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah projek rumah terbengkalai yang masih belum diselesaikan di DUN Meru. Sila namakan di mana dan apa masalah yang dihadapi di setiap lokasi ?

54) PEKERJA BERAGAMA ISLAM

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Apakah terdapat garis panduan bagi pekerja-pekerja yang beragama Islam untuk memohon bekerja di mana-mana sektor pekerjaan terutama di kelab malam ataupun di kilang membuat minuman keras?

    Klik jawapan »

  2. Apakah terdapat garis panduan atau tindakan undang-undang terhadap majikan yang tidak membenarkan pekerja islam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam seperti memakai tudung bagi perempuan dan bersolat Jumaat bagi lelaki?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan pihak Jabatan Agama Islam dalam menangani masalah pekerja Islam yang bekerja di kelab malam atau pub yang ternyata dilarang oleh Islam?

    Klik jawapan »

55) PENGURUSAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Apakah pihak Kerajaan Tempatan yang terdiri daripada Majlis Daerah dan Bandaraya telah membuat pelantikan Ahli Majlis di kawasan PBT masing-masing untuk seluruh negeri Selangor bagi tahun 2012?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan ahli-ahli majlis yang dilantik berasaskan komposisi kaum untuk setiap PBT di negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah keseluruhan perbelanjaan yang melibatkan bayaran elaun tetap bulanan, keraian dan pengurusan pejabat untuk ahli-ahli majlis di setiap PBT bagi tahun 2011/2012 di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

56) BALAI RAYA

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Kenapa perkara ini terjadi dan adakah kerajaan negeri tidak berupaya untuk menyelenggara balai-balai raya sedia ada?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos yang dikeluarkan untuk menyediakan kontena-kontena tersebut di seluruh negeri?

    Klik jawapan »

57) PEMBERIAN HAKMILIK TANAH

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Adakah pihak JKKK layak menemuduga penduduk dan mengambil bayaran bagi proses memohon tanah tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah prosedur yang betul bagi permohonan dan pemilihan rakyat yang layak diberi hakmilik tanah?

    Klik jawapan »

  3. Di samping Pejabat Tanah dan Daerah, agensi kerajaan yang manakah terlibat secara langsung dalam proses permohonan tersebut?

    Klik jawapan »

58) PROGRAM JOM SHOPPING

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Berapa peratus yang sudah melibatkan diri di dalam program ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk memberi wang saguhati pada hari jadi?

    Klik jawapan »

59) AKTA KEBEBASAN MAKLUMAT KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah orang yang telah memohon untuk mendapatkan maklumat di Akta Kebebasan Maklumat Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jenis maklumat-maklumat yang telah dipohon oleh orang ramai?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri pernah menolak mana-mana permohonan sebelum ini?

    Klik jawapan »

60) TEKNOLOGI RAWATAN AIR TERKINI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah teknologi-teknologi rawatan air yang telah dan sedang diteliti oleh Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan penggunaan teknologi ÒUltra Filtration Water TreatmentÓ dalam masa terdekat?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kos yang dianggarkan bagi sesuatu loji rawatan air tertentu sekiranya teknologi ini dilaksanakan?

    Klik jawapan »