Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

1) PRESTASI KEWANGAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah - langkah yang diambil untuk meneliti teguran yang dibuat oleh Ketua Audit Negara dalam usaha untuk mempertahan dan mempertingkatkan lagi prestasi kewangan Kerajaan Negeri sebagai model pengurusan yang berteraskan tatakelola yang baik dan prinsip value for money ?

    Klik jawapan »

2) LOJI PEMPROSESAN BENIH PADI SUNGAI BURONG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah status terkini loji tersebut dan berapakah kos penyelenggaraan bagi setiap bulan?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan siapakah penyewa utama loji tersebut dan berapakah sewa bulanannya?

  3. Sila nyatakan bilakah dan apakah punca sebenar loji tersebut diswastakan?

3) PENYERAHAN DEWAN DAN BALAIRAYA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah dewan dan balairaya yang ditadbir oleh UMNO atau orang perseorangan yang belum diserahkan ke Pejabat Daerah Klang dan Majlis Perbandaran Klang ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang dijalankan oleh pihak berkuasa kepada individu atau parti terutama UMNO yang tidak menyerahkan dewan tersebut.

4) SKIM BANTUAN TADIKA ÐTUNAS DAN SIKEMBAR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan bantuan yuran tadika Tunas, bilangan penerima skim bantuan tersebut serta kawasan yang mereka tinggal?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukkan bantuan yuran taska SiKembar, bilangan penerima skim bantuan tersebut serta kawasan yang mereka tinggal?

    Klik jawapan »

5) BAS MEWAH KEMPEN PRU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. YAB Dato Menteri Besar mendakwa menyediakan bas untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-13 secara sewa beli. Adakah pembelian ini melibatkan kewangan negeri?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos sebenar pembelian dan penyelenggaraan bas tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Adakah proses audit dilakukan untuk memastikan transaksi ini betul, telus dan bertanggungjawab?

6) PRESTASI PELABURAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Berapakah nilai pelaburan yang dijangka untuk 2012 berbanding 2011 dan sektor-sektornya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah masalah bekalan air Selangor bakal menjejaskan pelaburan ke Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah jaminan kerajaan bahawa Selangor tetap menjadi destinasi pelaburan utama berbanding wilayah koridor pembangunan negeri-negeri lain?

    Klik jawapan »

7) HAK MILIK INDIVIDU DI TAMAN MURNI SEPANG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak hak milik individu telah diberikan kepada pemilik?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah pemilik yang telah menjelaskan premium tanah tetapi masih belum menerima hak milik individu?

    Klik jawapan »

8) PEMBERIAN AIR PERCUMA KEPADA RUMAH PANGSA KOS RENDAH MELALUI SISTEM KUPON

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak unit rumah kos rendah yang telah menerima bekalan air 20 meter padu pertama yang percuma sehingga hari ini. Sila beri data mengikut pecahan PBT.

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak lagi yang belum menikmati manfaat program ini dan apakah sebab-sebabnya?

    Klik jawapan »

  3. Adakah program yang sama akan diperluaskan kepada rumah-rumah pangsa kos sederhana?

    Klik jawapan »

9) KADAR JENAYAH DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan indeks jenayah (mengikut kategori) mengikut setiap daerah di Selangor bagi tahun 2007-2012.

    Klik jawapan »

  2. Apakah mekanisme yang diadakan di antara Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Negeri Selangor bagi memantau dan mengurangkan kadar jenayah di Selangor?

  3. Apakah perancangan dan strategi Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan keselamatan penduduk Selangor adalah terjaga memandangkan banyak aduan diterima daripada penduduk yang menyatakan mereka rasa tidak selamat?

10) RM2 JUTA UNTUK PENULISAN DAN KARYA SASTERA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar kerajaan negeri dalam memperkasakan penghasilan karya sastera di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah individu/persatuan yang telah menerima bantuan ini dan berapakah jumlahnya bagi setiap penerima?

    Klik jawapan »

  3. Sekiranya peruntukan RM2 juta ini masih belum diagihkan, apakah perancangan selanjutnya?