Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

191) JANJI AIR PERCUMA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan negeri tersilap langkah dan tidak sanggup menunaikan janji air percuma kepada setiap rakyat?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri bersetuju bahawa mereka gagal menunaikan janji memberi air percuma pada setiap rakyat?

    Klik jawapan »

192) PEMBINAAN MASJID PEKAN DENGKIL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Apakah kemajuan projek tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan sebenar yang diperuntukkan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah masalah sebenar yang dihadapi sehingga projek tersebut lewat dimulakan?

    Klik jawapan »

193) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah pendapatan UNISEL pada tahun 2011?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pendapatan UNISEL merosot? Jika ia kenapa?

    Klik jawapan »

194) PRESTASI BOLA SEPAK SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Selangor kalah di dalam pertandingan merebut Piala Malaysia 2012. Apakah faktor kekalahan pasukan bola sepak Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah rancangan bagi menyusun kembali pasukan bola sepak Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah insentif yang ditawarkan kerajaan negeri bagi meningkatkan prestasi bola sepak Selangor?

    Klik jawapan »

195) PPR DUN KOTA DAMANSARA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Terdapat banyak rumah yang kosong dan rosak di PPR seksyen 8 dan PPR Putra Damai DUN Kota Damansara. Nyatakan statistik rumah rosak

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan MBPJ untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah

    Klik jawapan »

  3. Adakah peruntukkan MBPJ mencukupi untuk mengatasi masalah ini

    Klik jawapan »

196) MENGGALAKKAN RAKYAT MENCEBURI BIDANG SUKAN SECARA PROFESSIONAL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan lebih ramai orang menceburi bidang sukan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina lebih banyak gelanggang-gelanggang futsal disetiap Kawasan perumahan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina satu Akademi Sukan Khas untuk mengembangkan bakat rakyat Negeri Selangor dalam bidang sukan secara Professional?

    Klik jawapan »

197) STATUS PEMBINAAN PENCAWANG ELEKTRIK DI KAWASAN CHERAS HARTAMAS

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan telah berjanji akan menjalankan siasatan mengenai jajaran tersebut, apakah keputusan atau komen dalam lawatan tersebut.

    Klik jawapan »

198) BANJIR KILAT DI LEBUHRAYA SELAYANG Ð KEPONG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Kerja-kerja menimbus tanah yang dilakukan di kawasan lapang bersebelahan Ideal Convention Centre Taman Prima Selayang telah menyebabkan berlakunya banjir kilat setiap kali selepas hujan lebat. Gejala ini amat menyulitkan pengguna jalan tersebut yang merupakan laluan utama bagi kenderaan dari Kepong-Selayang, terutama sekali kereta-kereta ambulans dari Hospital Selayang. Apakah projek yang akan dibangunkan serta rasional bagi projek tersebut sedangkan kawasan berkenaan terletak di bawah laluan kabel arus terus voltan tinggi TNB?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebagai Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengatasi fenomena yang menyusahkan rakyat ini terutama sekali dalam keadaan kecemasan oleh pihak Hospital Selayang?

    Klik jawapan »

  3. Sudahkah projek tersebut mendapat kelulusan dan mohon dinyatakan syarat dan peraturan yang dikenakan bagi membangunkan kawasan tersebut?

    Klik jawapan »

199) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah sebab-sebab Kerajaan Negeri Selangor sanggup menjual bangunan- bangunan yang dimiliki oleh PKNS?

    Klik jawapan »

  2. Apakah keuntungan dan faedah-faedah yang diperolehi daripada penjualan bangunan-bangunan tersebut?

    Klik jawapan »

200) STATUS ASRAMA YAYASAN SELANGOR KAMPUNG PANDAN DAN BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini asrama Toh Puan Norashikin dan asrama Tun Dr Ismail?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan pembangunan di masa hadapan kerajaan negeri terhadap tanah atau tapak kedua-dua asrama ini? Apakah status terkini bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan pembangunan kerajaan negeri terhadap bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang selepas semua penyewa-penyewa ditamatkan kontrak penyewaan dari bangunan berkenaan?

    Klik jawapan »