Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

241) HAKMILIK TANAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila kemukakan butiran terperinci jumlah bilangan hakmilik tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 sehingga kini mengikut pecahan daerah dan kaum ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan setakat manakah pencapaian yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri dalam konteks meluluskan hakmilik tanah secara berkelompok ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi oleh pihak Kerajaan Negeri dalam usaha menyelesaikan hakmilik tanah khususnya melalui kaedah permohonan secara berkelompok ?

    Klik jawapan »

242) PEMBANGUNAN DI KUIL BATU CAVES

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Memandangkan projek Pembangunan atas sekeping tanah berdekatan dengan Kuil Sri Mahamariamman Batu Caves yang dimiliki oleh Syarikat Dolomite Industries Sdn Bhd telahpun diluluskan pada tahun 2007 dan projek tersebut dibantah oleh Jawatankuasa Kuil tersebut. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memelihara keceriaan pemandangan destinasi pelancongan ini?

    Klik jawapan »

243) SAMPAH KEBUN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah MPSJ bercadang untuk menangani masalah pembuangan sampah kebun secara haram?

  2. Berapakah orang penduduk telah menghubungi MPSJ untuk pembayaran pembuangan sampah kebun?

  3. Berapakah kos yang telah dibelanjakan oleh MPSJ untuk mengutip sampah kebun yang dibuang secara haram sejak kerja pengutipan sampah diambilalih oleh MPSJ?

244) PENCEMARAN SUNGAI – SUMBER UTAMA BEKALAN AIR MENTAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali

Kategori: Mulut


  1. Kebanyakan sungai di Negeri Selangor yang menjadi sumber utama bekalan air mentah didapati tercemar dan mengancam penduduk negeri ini. Bahagian air bersih di kebanyakan sungai semakin pendek akibat aktiviti guna tanah yang terlalu tinggi terutama pembangunan kawasan perumahan. Apakah tindakan yang diambil untuk mencegah sungai yang menjadi sumber air mentah mempunyai bahagian air bersih yang semakin mengecil dan sebahagiannya dikira sebagai sungai mati?

    Klik jawapan »

  2. Langkah yang diambil untuk mengimbangkan pembangunan yang pesat dan pertambahan penduduk dengan permintaan bekalan air bersih dan air terawat yang dijangka terus meningkat?

    Klik jawapan »

245) PENDAPATAN BOLEHGUNA (DISPOSABLE INCOME)

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah kerajaan negeri membantu rakyat dalam menghadapi kenaikan harga barang-barang dalam bentuk pendapatan boleh guna (diposable income)?

    Klik jawapan »

246) KEDAI JUDI HARAM

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Kedai judi haram makin berleluasa di DUN Kota Damansara dan menimbulkan pelbagai masalah sosial. Senaraikan kedai-kedai yang beroperasi tanpa lesen (haram)

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap kedai-kedai tersebut dan jumlah yang mengulangi kesalahan yang sama

  3. Bagaimana dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain bagi membanteras masalah ini

247) MASALAH TANAH PERKUBURAN HINDU DI SIMPANG LIMA, KLANG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Siapakah yang bertanggungjawab untuk menjaga serta membersihkan Tanah Perkuburan Hindu di Simpang Lima, Klang?

  2. Mengapakah Tanah Perkuburan Hindu di Simpang Lima, Klang sentiasa tidak dijaga dan dibersihkan oleh pihak yang bertanggungjawab?

  3. Apakah keluasan sebenar Tanah Perkuburan tersebut dan mengapakah ianya tidak dipagar dan dikawal?

248) GERAN SELANGORKU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah Geran Selangorku yang berjaya dilaksanakan mengikut 17 kategori berbanding jumlah peruntukan asal yang diluluskan untuk setiap 17 kategori di bawah Geran SelangorKu ini.

  2. Apakah mekanisme pelaksanaan dan pemantauan yang digariskan bagi memastikan peruntukan yang diluluskan di bawah Geran SelangorKu mencapai sasaran?

249) PENGURUSAN SISA PEJAL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah prestasi pengurusan sisa pejal dan pembersihan awam selepas kerajaan mengambil alih daripada alam Flora Sdn Bhd?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan kerajaan dalam pengitaran semula sisa pejal dan pengurangan tapak landfill?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan mempunyai rancangan pelupusan sampah dengan menggunakan teknologi insinerator?

    Klik jawapan »

250) MASALAH BANJIR DI SERDANG DAN KAJANG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Hujan lebat pada 4 September 2012, menyebabkan banjir teruk berlaku di Seri Serdang, Sungai Ramal Luar dan Dalam, dan Taman Mahkota Kajang. Apakah sebab berlakunya banjir kilat di tempat tersebut?

  2. Apakah tindakan yang diambil bagi mengatasi banjir tersebut?

  3. Apakah tindakan khusus diambil bagi mengatasi air limpah dari kolam di kawasan tanah UPM melimpah dan membanjiri lebuhraya PLUS berhampiran dengan Country Heights?