Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

101) PROJEK MARRIS 2012

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah keseluruhan peruntukkan yang diterima daripada Kerajaan Pusat bagi MARRIS di setiap PBT, setiap tahun bermula 2005-2012. Kemukakan Projek MARRIS 2012 bagi setiap DUN di bawah MBPJ yang telah dilaksanakan dan status yang selain itu.

    Klik jawapan »

102) STATISTIK PERUMAHAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis


  1. Perumahan mampu milik merupakan satu topik utama di kalangan rakyat Selangor. Akhir-akhir ini kelihatan tiada lagi projek-projek perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini. Berapakah jumlah rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah yang telah dibina oleh anak syarikat kerajaan negeri pada 2010, 2011 dan 2011? Pohon nyatakan juga harga dan lokasi rumah-rumah tersebut

    Klik jawapan »

  2. Pohon nyatakan jumlah, harga dan lokasi pembinaan rumah mampu milik yang dibina oleh pemaju perumahan swasta di Selangor pada tahun 2010, 2011 dan 2012.

    Klik jawapan »

103) BANJIR DISEBABKAN KADAR AIR HUJAN MELAMPAU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peruntukan bagi membantu mangsa banjir di Hulu Langat dan Klang Selatan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan untuk mengurangkan kesan banjir yang disebabkan kadar air hujan melampau?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peruntukan bagi menaiktaraf infrastruktur sebagai persediaan menghadapi kejadian kadar air hujan melampau?

    Klik jawapan »

104) RUMAH BERTINGKAT YANG BELUM MENIKMATI AIR PERCUMA DAN JMB

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan Perumahan bertingkat di Dun Meru yang belum menikmati air percuma?

    Klik jawapan »

  2. Apakah masalah yang dihadapi sehingga mereka gagal memohon meter individu seperti yang disyaratkan.

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan Perumahan bertingkat yang belum melantik JMB di taman mereka dan apakah masalah yang dihadapi sehingga mereka gagal menubuhkan JMB

    Klik jawapan »

105) HARGA RUMAH MELAMBUNG TINGGI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Apakah yang menyebabkan harga rumah meningkat mendadak?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah cara untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah unit rumah mampu milik yang telah dibina oleh Kerajaan Selangor?

    Klik jawapan »

106) MASALAH TIMBUNAN PASIR DI MUARA SUNGAI DAN HAKISAN PANTAI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan kawasan muara sungai yang dikenalpasti sering mengalami masalah timbunan pasir yang serius di Seluruh Daerah Sabak Bernam?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah langkah dan tindakan yang dilakukan pihak JPS untuk menyelesaikan masalah kecetekan sungai angkara timbunan pasir dan hakisan pantai yang sering berlaku khususnya di muara Sungai Sekinchan?

    Klik jawapan »

  3. Sila kemukakan butiran berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri setiap tahun bagi menangani masalah tersebut?

    Klik jawapan »

107) PENDAPATAN PASIR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak pendapatan dalam bentuk royalti yang dijana kerajaan Selangor daripada penjualan pasir bermula tahun 2006 hingga 2012?

  2. Berapa banyak dividen yang telah dibayar oleh Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (KSSB) setiap tahun sejak penubuhannya pada tahun 2008?

108) TAPAK LETAK KERETA DI KAWASAN PERUMAHAN BERTINGKAT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perancangan kerajaan bagi mengatasi kekurangan tempat letak kereta di kawasan pangsapuri?

109) RM 500 JUTA UNTUK RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis


  1. Dalam ucapan membahaskan Bajet 2012 di Parlimen, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ada menyatakan bahawa Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 500 juta untuk pembinaan rumah mampu milik. Berapakah jumlah rumah yang telah dibina menerusi peruntukan ini?

  2. Di manakah lokasi-lokasi rumah ini dan berapakah harganya?

  3. Apakah kaedah pelaksanaannya dan senarai syarikat-syarikat yang diberi tanggungjawab melaksanakannya.

110) RUMAH-RUMAH YANG TIDAK DISELENGGARA OLEH TUAN PUNYA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Terdapat banyak unit rumah di kawasan perumahan di Dun Meru yang ditinggalkan oleh tuan punya tanpa diselanggara menyebabkan semak, rosak dan roboh. Senaraikan berapakah unit rumah berkenaan dan senarai tuan rumah dan taman perumahan berkenaan.

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan oleh PBT berkenaan berpandukan akta dan undang-undang yang sedia ada mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »