Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

91) LANJUTAN TEMPOH PAJAKAN HAK MILIK DI KAMPUNG BARU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri dengan kadar bayaran RM 1,000.00?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah caj akan dikenakan oleh kerajaan negeri terhadap sesuatu urus niaga jual beli tapak kediaman dan komersial di kampung baru?

    Klik jawapan »

92) MASALAH KEKURANGAN AIR DI BENDANG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila perjelaskan apakah punca sebenar yang menyebabkan musim penanaman padi ke-2 tahun 2012 menghadapi kekurangan air yang serius?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah langkah-langkah pencegahan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang bakal dirangka oleh pihak Kerajaan bagi memastikan masalah sedemikian tidak berulang pada musim akan datang?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan bagaimanakah hubungan dan apakah peranan Jabatan Pertanian Negeri dan agensi Kerajaan Persekutuan yang berkaitan untuk bersama menyelesaikan masalah kekurangan air di Bendang?

    Klik jawapan »

93) PEMBINAAN KABEL BERVOLTAN TINGGI DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKJ)

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta kerajaan memberi penerangan tentang pembinaan kabel bervoltan tinggi di kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang telah pun bermula di kawasan Taman Connaught, Kuala Lumpur di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

    Klik jawapan »

94) PELUANG PERNIAGAAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan peluang menambahkan pendapatan/perniagaan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri sejak 2008. Senaraikan nama projek dan jabatan/GLC yang terlibat.

    Klik jawapan »

95) STRATEGI PERUMAHAN UNTUK RAKYAT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis


  1. Sebelum ini kerajaan negeri Selangor mempunyai dasar pembangunan bercampur yang disyaratkan kepada semua pemaju bagi memenuhi keperluan rakyat seperti Rumah kos rendah (RM 42,000.00), Rumah Kos sederhana rendah (di bawah RM 100,000.00), Rumah Kos Sederhana (Di bawah RM 500,000.00) dan harga rumah bebas. Adakah dasar ini masih dikekalkan? Jika tidak apakah dasar perumahan baru kerajaan negeri bagi memenuhi keperluan rakyat pelbagai lapisan pendapatan.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah harga rumah mampu milik yang ditetapkan oleh kerajaan negeri pada masa ini.

    Klik jawapan »

  3. Apakah strategi dan polisi kerajaan negeri dalam memastikan Pemaju memenuhi keperluan perumahan rakyat terutamanya bagi perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah.

    Klik jawapan »

96) MUSIM HUJAN DAN PENGURUSAN CERUN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan lokasi sensitif yang diancam kejadian tanah runtuh pada musim hujan akhir tahun.

    Klik jawapan »

  2. Adakah agensi-agensi terlibat memantau cerun termasuk PBT telah diarahkan memulakan program pemantauan dan apakah tahap persediaan mereka?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peruntukan yang disalurkan bagi tahun 2012?

    Klik jawapan »

97) BANTUAN KEBAJIKAN DAN BANTUAN RUMAH ASNAF PUSAT ZAKAT SELANGOR.

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan rumah asnaf yang telah didirikan dibawah rumah bantuan asnaf oleh PZS Daerah Klang Di Dun Meru sejak 2008 Ð 2011? Senaraikan semua pemilik rumah dan lokasi tersebut.

  2. Apakah kriteria utama yang diambil kira untuk melayakkan mereka memohon bantuan ini?

98) LAWATAN KE LUAR NEGARA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Berapa kalikah lawatan yang diberi peluang kepada Ahli Dewan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah dipilih tempat-tempat tertentu?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah perbelanjaan keseluruhan yang telah digunakan?

    Klik jawapan »

99) KEDUDUKAN KEWANGAN MAJLIS SUKAN NEGERI (MSN)

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini Majlis Sukan Negeri dan huraikan bagaimanakah kedudukan kewangan secara bandingan sejak 2007 hingga 2012 ?

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah tunggakan hutang MSN yang masih belum dilangsaikan kepada Kerajaan Negeri Selangor sehingga bulan Jun tahun 2012 ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan secara terperinci berapakah jumlah peruntukan tahunan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dan apakah sumber pendapatan alternatif MSN. Sila berikan butir-butir.

    Klik jawapan »

100) PENGURANGAN CUKAI PINTU UNTUK RUMAH TERBIAR DI BUKIT BERUNTUNG DAN BUKIT SENTOSA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Sejak kerajaan mengisytiharkan bahawa rumah-rumah kos rendah terbiar di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa berhak memohon rebet cukai pintu daripada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), berapa banyak rumah yang telah menikmati rebet ini bermula tahun 2010 hingga sekarang?

  2. Berapakah jumlah rebet yang telah diberi oleh MDHS sehingga sekarang mengikut tahun bermula tahun 2010 hingga tahun 2012?