Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

121) PELABURAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan semua trip dan kosnya yang pernah diusahakan untuk mendapat pelaburan

    Klik jawapan »

  2. Pernahkah kerajaan tandatangan apa-apa MOU atau perjanjian dengan mana negara atau pihak? Sila nyatakan

    Klik jawapan »

122) CAJ PEMBANGUNAN BAGI PROJEK PEMBANGUNAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Huraikan apakah kerajaan bercadang menguatkuasakan caj pembangunan di seluruh PBT di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Kenapa caj pembangunan di Majlis Perbandaran Sepang mencecah sehingga 30% hinggakan ada rungutan ia membebankan rakyat

    Klik jawapan »

  3. Apakah kerajaan sedar yang caj ini akan mengakibatkan peningkatan harga rumah dan menyukarkan pemaju kecil. Apakah jalan penyelesaiannya ?

    Klik jawapan »

123) SKIM KESIHATAN WANITA Ð MAMMOGRAM SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Sehingga kini, berapakah jumlah orang wanita yang telah menyertai dan menerima pemeriksaan Mammogram?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan jumlah wanita yang telah menyertai mengikut kawasan Dewan Negeri.

    Klik jawapan »

  3. Sehingga kini, berapakah orang wanita yang menyertai skim ini didapati menghidapi kanser payu dara dan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri

    Klik jawapan »

124) AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Persekutuan akan mewajibkan pengasingan sampah di rumah menjelang 2013 bagi menjadikan sistem pengurusan sisa pepejal di negara ini lebih efektif sebagai salah satu langkah di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007. Apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam pengurusan sisa pepejal mengikut peruntukan Akta dan senaraikan kontraktor yang bertanggungjawab untuk pungutan sisa pepejal di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada setiap PBT dalam Negeri Selangor bagi menjayakan Kempen Pengasingan Sampah yang dirancangkan akan berkuat kuasa pada tahun 2013.

    Klik jawapan »

  3. Apakah mekanisme yang diwujudkan bagi memantau pungutan sisa pepejal serta keefisienan kontraktor memandangkan pungutan sisa pepejal kini bukan lagi dikendalikan oleh Pihak Kerajaan Tempatan?

    Klik jawapan »

125) KEMAJUAN PROJEK PERUMAHAN BUKIT BOTAK

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) serta Pejabat Tanah dan Daerah Gombak telah menjalankan kajian ke atas pemilik-pemilik tanah projek perumahan Bukit Botak pada tahun lepas. Berapa ramaikah daripada 1,422 pemilik asal tanah yang mampu dan bersetuju untuk membeli rumah mengikut kadar harga yang ditawarkan Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Berapa ramaikah daripada pemilik asal tidak bersetuju untuk menerima cadangan penyerapan pampasan sebagai sebahagian dari kos pembangunan rumah dan tindakan yang telah dipersetujui bersama bagi mengatasi masalah tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Sejauh manakah kemajuan fizikal projek perumahan tersebut?

    Klik jawapan »

126) JALAN LUAR BANDAR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Dalam Bajet 2011, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM 4 juta untuk pembaikan jalan-jalan kampung dan terbaru dana RM 1 juta untuk setiap kawasan DUN. Apakah mekanisme yang digunakan bagi memastikan pengagihan peruntukan adalah saksama?

    Klik jawapan »

  2. Kawasan jalan kampung DUN manakah yang akan menerima peruntukan ini?

    Klik jawapan »

127) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri telah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang antaranya meliputi Projek Pemulihan dan Pembangunan Sungai Klang. Apakah perkembangan projek pemulihan tersebut dan berapakah nilai pelaburan yang telah dibawa masuk?

    Klik jawapan »

  2. Adakah projek ini selaras dengan cadangan projek Greater KL yang dicadangkan Kerajaan Persekutuan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan negeri menyediakan peruntukan untuk projek tersebut tahun ini?

    Klik jawapan »

128) SENARAI SEMAK KEBENARAN MERANCANG DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Apakah kerajaan mempunyai senarai semak yang sama di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi kebenaran merancang ?

    Klik jawapan »

  2. Kenapa tidak diselaraskan ?

    Klik jawapan »

129) MERAKYATKAN INFORMASI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Apakah masalah utama yang dihadapi oleh kerajaan negeri dalam merakyatkan informasi?

  2. Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi?

130) PERTANIAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Perubahan cuaca yang tidak menentu telah mengurangkan hasil tanaman pertanian dan seterusnya menyebabkan harga hasil pertanian seperti sayur-sayuran meningkat. Senaraikan jenis dan jumlah hasil pertanian yang diimport dan dieksportkan oleh Negeri Selangor daripada tahun 2007-2011.

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan bahawa jumlah hasil pertanian yang dikeluarkan adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk Selangor dan seterusnya harga hasil pertanian asas tidak meningkat dengan mendadak?

    Klik jawapan »