Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

181) PELABURAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Pulau Pinang telah mencatatkan nilai pelaburan tertinggi dalam negara pada tahun 2010 sebanyak RM12.2 bilion dan Selangor kedua tertinggi sebanyak RM10.6 bilion. Apakah langkah-langkah proaktif dan langsung yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan jumlah pelaburan di dalam Negeri Selangor?

  2. Apakah fokus pertumbuhan baru (new growth area) Negeri Selangor dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

182) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang melaksanakan kemudahan pengangkutan bas awam percuma seperti yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang?

    Klik jawapan »

  2. Jika tidak, sila berikan butir-butir

    Klik jawapan »

  3. Jika ya, bilakah ia akan dilaksanakan? Sila berikan butir-butir.

183) KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah permohonan yang berjaya memohon peruntukkan dari kerajaan prihatin?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah kesannya di masyarakat?

    Klik jawapan »

184) KAWALAN JUALAN ARAK

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Didapati mekanisme jualan arak dikawal oleh penjual bukan melalui penguatkuasaan pihak berkuasa. Apakah mekanisme yang paling berkesan untuk mengawal jualan arak khasnya di kawasan majoriti orang Islam?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah permit yang dikeluarkan bagi jualan arak di Bandar Raya Shah Alam dan Bandar Baru Bangi?

    Klik jawapan »

185) KADAR TARIF AIR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri menentang kenaikan kadar tarif air yang dikatakan tinggi dan membebankan rakyat. Adakah kerajaan negeri sedar bahawa kos tersebut berpatutan untuk mengelakkan kualiti bekalan air dan sedia termaktub dalam perjanjian?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah kerajaan negeri tidak mengikut langkah kerajaan Pulau Pinang dan Kedah yang telah menaikkan kadar tarif?

    Klik jawapan »

186) PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan YAB. DatoÕ Menteri Besar telah mengadakan Persidangan Dewan Luar Biasa untuk membuat pindaan Perlembagaan Negeri Selangor mengenai kuasa pelantikan jawatan SUK. Cadangan pindaan tidak diluluskan oleh dewan kerana tidak mempunyai kuorum yang cukup. Sebagai seorang pemimpin yang sentiasa menekankan prinsip CAT, kenapa YAB. Tan Sri tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor berikutan kegagalan meminda perlembagaan negeri ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah YAB. Tan Sri demi mempertahankan jawatan Menteri Besar Selangor dan sanggup mengetepikan prinsip CATS yang diagung-agungkan oleh kerajaan negeri selama ini ?

    Klik jawapan »

187) BANGUNAN PARKIR DAN PASAR BARU TAMAN SRI MUDA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Permohonan parkir dan Pasar Baru bagi Taman Sri Muda sudah lebih dari 2 tahun. Bilakah ia akan dibuat dan berikan satu Òtime frameÓ yang boleh difahami penduduk dan peniaga

    Klik jawapan »

  2. Peniaga sudah di berikan notis pindah hujung tahun 2011 oleh pemilik tanah, apakah dalam tempoh 7 bulan dari sekarang pasar ini dapat disiapkan ?

    Klik jawapan »

  3. Huraikan kenapakah ianya lambat dibina ?

    Klik jawapan »

188) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan jumlah wang yang telah digunakan di bawah setiap Program MES.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah wang maksimum yang akan digunakan oleh kerajaan untuk setiap Program MES setiap tahun?

    Klik jawapan »

189) TANAH-TANAH RIZAB PERKUBURAN SELAIN ISLAM

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan tanah-tanah yang telah digazet sebagai tanah-tanah perkuburan selain Islam mengikut pecahan PBT bagi tahun 2006-2011.

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi pengurusan tanah kubur secara moden memandangkan tanah-tanah yang didapati di Negeri Selangor semakin berkurangan?

    Klik jawapan »

190) KHIDMAT GUAMAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri telah melantik Penasihat dan Peguam Swasta dalam mengendalikan kes mahkamah melibatkan kepentingan Kerajaan Negeri dan cubaan meminda Undang-Undang Tubuh Negeri. Mengapakah Kerajaan Negeri tidak menggunakan Khidmat Penasihat Undang-Undang Negeri ?

  2. Sejak tahun 2008 hingga sekarang, siapakah yang telah dilantik dan berapakah kos yang dikeluarkan ?

  3. Apakah kos yang dikeluarkan efektif dan tidak membazir wang rakyat ?