Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

41) BILANGAN SURVEY OFFICER (S.O) DI SETIAP PTD

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah Survey Officer (S.O) mengikut Bahagian di setiap Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) di Negeri Selangor daripada tahun 2007-2011.

    Klik jawapan »

  2. Apakah dasar yang digunakan oleh kerajaan negeri bagi menentukan keperluan S.O di setiap PTD?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan bilangan S.O di PTD adalah sentiasa mencukupi bagi menampung kerja pemprosesan tanah yang meningkat?

    Klik jawapan »

42) PASUKAN BOMBA SUKARELA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah jenis bantuan dan sumbangan Kerajaan Negeri Selangor kepada Pasukan Bomba Sukarela yang banyak berjasa kepada masyarakat?

    Klik jawapan »

43) PELABURAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Bertulis


  1. Tapak Industri Kecil dan sederhana telah disediakan di beberapa tempat tertentu bagi memberi kemudahan kepada pelabur dalam negara dan luar negara untuk melabur. Berapakah nilai pelaburan baru sejak 2009 dan 2010 yang berjaya dibawa oleh Kerajaan Negeri khususnya pelabur yang melabur di tapak industri luar bandar, seperti Tapak Industri Zurah, Rasa dan Bukit Beruntung

    Klik jawapan »

  2. Sejak tahun 2009 hingga 2010 berapakah peluang pekerjaan yang telah diwujudkan dengan penarikan pelabur asing dan tempatan di Selangor

    Klik jawapan »

44) INFRASTRUKTUR/PBT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Bandar Klang adalah Bandar DiRaja. Apakah peranan kerajaan untuk mengimejkan ÔBandar DiRajaÕ ini supaya dipandang tinggi di segi pemuliharaan, pembangunan dan infrastrukturnya agar tarafnya setanding dengan nama bandar ini yang mengandungi Istana Rasmi Sultan Selangor dan nilai-nilai sejarahnya yang tersendiri.

    Klik jawapan »

  2. Terdapat banyak papan tanda,sepanduk dan banner milik kerajaan negeri dan parti pakatan rakyat yang usang dan terlebih masa, hampir di setiap simpang jalan bandaran dan kampung. Kenapakah PBT tidak peduli akan kecacatan ini. Adakah PBT juga memilih kasih dalam melaksanakan garis panduan, tugasan dan peranan mereka

    Klik jawapan »

  3. Dataran Shah Alam merupakan Pusat bandaraya Shah Alam. Adalah menjadi pemerhatian pengunjung di ibu negeri Selangor ini. Maka adalah disarankan aktiviti yang diadakan di Dataran ini mahupun di persekitarannya haruslah terbatas, mengikuti norma-norma masyarakat yang bertamadun dan seharusnya menghormati Masjid Shah Alam yang amat berdekatan dengan lokasi ini, terutamanya apabila waktu azan berkumandang, maka aktiviti yang bertentangan seharusnya tidak berlaku.

    Klik jawapan »

45) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA BUKIT BERUNTUNG GOLF & COUNTRY RESORT BHD (BBGC)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan Ahli-ahli Lembaga BBGC bagi tahun 2010.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga BBGC bagi tahun 2010?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga BBGC bagi tahun 2010?

    Klik jawapan »

46) PROJEK PEMBANGUNAN PERUMAHAN PANGSAPURI ÒSEKINCHAN PERDANAÓ OLEH PKNS

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan bilakah projek pembangunan perumahan tersebut dapat dimulakan?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan dengan detail apakah punca utama dan masalah birokrasi yang menyebabkan perancangan projek tersebut masih terbantut sehingga kini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah wujud elemen-elemen sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memastikan projek pembangunan perumahan ini gagal supaya imej Kerajaan Negeri tercalar?

    Klik jawapan »

47) SISA PEPEJAL

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status pelantikan syarikat konsesi pengurusan sisa pejal di setiap PBT di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha kerajaan dalam pengurangan sisa pejal?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan kerajaan dalam usaha penguraian sisa 'biodegradable' secara kolektif?

    Klik jawapan »

48) BANDAR BARU BANGI TETAP KOTOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Walaupun ada kempen kebersihan dan wujudnya zon bersih, masyarakat masih mengecop Bandar Baru Bangi tetap kotor. Adakah perkhidmatan kebersihan tidak begitu terancang?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kempen terbaru MPKj bagi meningkatkan kesedaran sivik masyarakat tentang kebersihan?

    Klik jawapan »

  3. Tidakkah wajar diadakan pertandingan kebersihan antara Taman-taman di MPKj dari masa ke masa?

    Klik jawapan »

49) PERMOHONAN BANTUAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah permohonan baru kebajikan yang diterima bagi daerah Klang dan jumlah yang diluluskan bagi tempoh 2010. Apakah sebab-sebab penolakan bagi permohonan baru tersebut

    Klik jawapan »

50) PERTUMBUHAN PUSAT SIBER DAN PUSAT URUT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Kota Damansara pada tahun lepas dilabelkan sebagai ÔSin CityÕ kononnya adanya pertumbuhan mendadak pusat-pusat urut/penjagaan kesihatan dan pusat siber. Kerajaan Negeri ada mengeluarkan arahan bahawa tiada lesen baru untuk rumah urut dikeluarkan. Berapakah bilangan pusat penjagaan kesihatan /pusat urut pada tahun 2008 di Kota Damansara ?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bilangan pusat penjagaan kesihatan / pusat urut pada tahun 2011 di Kota Damansara?

    Klik jawapan »

  3. Berapa bilangan pusat Siber baru yang telah dibuka sejak 2008 di Kota Damansara?

    Klik jawapan »