Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

101) URUSTADBIR ANAK SYARIKAT BERHEMAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk kepada Usul 20 Tahun 2010 berkenaan urus tadbir anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor: Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan seseorang Ketua Eksekutif tidak menjadi Ahli Lembaga Pengarah kepada terlalu banyak syarikat sedangkan peraturan hanya membenarkan 3 syarikat subsidiari sahaja (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/1985)?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan prosedur kerja dan SOP disediakan dan sentiasa di kemas kini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan ditubuhkan seperti kehendak PP Bil 9/1993?

    Klik jawapan »

102) PELABURAN ASING

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: pelaburan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan telah belanja peruntukkan yang begitu banyak sejak tahun 2008 hanya satu MOU yang telah ditandatangani adakah perbelanjaan kerajaan berbaloi? Sila jelaskan

    Klik jawapan »

103) PROJEK PEMULIHAN DAN PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini cadangan projek tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan nama-nama syarikat yang telah diberi tawaran menyertai projek tersebut serta latar belakang mereka ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan tempoh masa yang masih diperlukan untuk kerja-kerja kajian sebelum projek tersebut dimulakan ?

    Klik jawapan »

104) ISU SG BULOH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri didapati cuba menarik balik tanah Penanam Bunga di Jalan Sg Buloh dan tanah tersebut diberi kepada Yayasan Selangor. Apakah alasan Kerajaan Negeri memberi tanah tersebut kepada Yayasan Selangor?

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan memberi ganti rugi kepada pengusaha yang terjejas di dalam kejadian ini?

  3. Apakah cadangan kerajaan negeri untuk menempat semula penanam bunga yang terlibat dalam isu ini?

105) INFRASTRUKTUR LUAR BANDAR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri menyediakan hampir RM 1 juta untuk melaksanakan kerja-kerja naik taraf infrastruktur di setiap DUN pada awal tahun 2011. Bagaimana tahap perlaksanaan kerja naik taraf infrastruktur kawasan luar bandar?

    Klik jawapan »

  2. Selain rakyat, adakah kontraktor tempatan turut mendapat manfaat dengan adil?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menambah peruntukan tersebut?

    Klik jawapan »

106) KAKITANGAN PKNS

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut


  1. Terdapat aduan daripada kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bahawa banyak konsultan telah dilantik sehingga mengabaikan tenaga kakitangan sedia ada. Sejauh manakah dakwaan ini benar?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah konsultan dan syarikat yang telah dilantik oleh PKNS?

  3. Apakah implikasi baik pelantikan konsultan terbabit dan pengurusan sumber manusia di PKNS?

107) JAWATANKUASA MENCEGAH GEJALA SOSIAL

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Pihak JAIS mempunyai Ahli Jawatankuasa mencegah maksiat dan gejala sosial. Demikian juga pihak Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan. Apakah tumpuan utama bagi kedua-dua ahli jawatankuasa ini?

    Klik jawapan »

  2. Tidakkah berlaku duplikasi tugas antara kedua-dua ahli jawatankuasa?

    Klik jawapan »

  3. Adakah dengan wujudnya kedua-dua ahli jawatankuasa ini, gejala maksiat dan sosial berkurangan di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

108) PEMBANGUNAN SENI & TEATER

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan penggunaan teater diraja?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah galeri seni dan teater awam? sila nyatakan kos penyelenggaraan tahunan 2008-2010

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan pembangunan seni teater, seni lukis, seni muzik, seni ukiran negeri Selangor?

    Klik jawapan »

109) KONTRAK ALAM FLORA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Meminta kerajaan memberi statistik mengikut PBT jumlah aduan yang diterima dan Notice To Correct (NTC) terhadap kontraktor-kontraktor Alam Flora yang diterima setiap tahun sejak tahun 2008.

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk mempertingkatkan prestasi kutipan sampah dan kerja-kerja pembersihan di setiap PBT?

    Klik jawapan »

110) PERTANIAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar pertanian kerajaan negeri Selangor mengenai pengurusan tanah terbiar

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha kerajaan dalam meningkatkan pengeluaran pertanian di negeri Selangor.

    Klik jawapan »