Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

111) RUMAH MAMPU MILIK UNTUK GENERASI MUDA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Dalam usaha Kerajaan Negeri untuk menyediakan rumah mampu milik untuk generasi muda, elemen utama ialah pangkalan data kadar nisbah pemilikan rumah. Apakah Kerajaan Negeri sudah mempunyai pangkalan data tersebut dan berapakah rumah mampu milik ini yang akan dibina untuk maksud tersebut?

    Klik jawapan »

112) KEMUSNAHAN PANTAI KELANANG

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Kemusnahan jalan-jalan sepanjang pantai Kelanang di sebabkan ombak dan hakisan berlaku dan terbiar begitu sahaja sekarang ini. Adakah usaha kerajaan untuk menambahbaikkan kawasan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Pihak manakah yang bertanggungjawab dalam menjaga dan memastikan kawasan tersebut terus terpelihara ? PBT/JPS/JKR.

    Klik jawapan »

113) ROMBAKAN EXCO

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut


  1. Terdapat perubahan kepimpinan utama parti PAS Selangor selaku komponen dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Adakah kerajaan negeri bercadang merombak barisan EXCO berdasarkan perubahan tersebut?

  2. Jika tiada perubahan, adakah kesannya terhadap pentadbiran negeri?

114) PEMUTIHAN KILANG HARAM

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Pihak Kerajaan Negeri ada mengusahakan untuk memutihkan kilang Ð kilang haram di Selangor. Senaraikan bilangan kilang haram yang telah berjaya diputihkan dan status tanahnya telah ditukar dari pertanian ke perindustrian di Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sg.Buloh .

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peratus bilangan tersebut di atas daripada jumlah kilang yang terdapat di kedua-dua kawasan tersebut .

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan jangka panjang pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan pemutihan dan penukaran status tanah ke perindustrian ini selesai dengan secepat mungkin ?

    Klik jawapan »

115) PERUMAHAN MAMPU MILIK

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Apakah perbezaan dan naik taraf kualiti yang membezakan antara rumah mampu milik dan rumah kos rendah ?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak sasaran kerajaan negeri membina rumah mampu milik menjelang akhir tahun 2011 ? Sila pecahkan mengikut daerah

    Klik jawapan »

  3. Berapa banyak keluarga / isi rumah yang memerlukan rumah di negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  4. d) Berapa banyak peruntukan yang diperlukan untuk memenuhi dasar rumah mampu milik kerajaan negeri ?

    Klik jawapan »

116) KEJADIAN TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan pihak berkuasa terhadap binaan yang sudah dibina di kawasan berkecerunan tinggi terutama di kawasan Hulu Langat?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana pihak berkuasa dapat memastikan tiada pembinaan yang tidak mengikut garis panduan dilakukan sebelum berlaku tanah runtuh?

    Klik jawapan »

117) SEKTOR EKONOMI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah jenis bantuan yang diberikan setakat ini kepada nelayan-nelayan seperti mana yang diperolehi jika penanam padi & petani dari segi premium tanah contohnya juga subsidi baja dan lain2, untuk nelayan pula bagaimana?

    Klik jawapan »

  2. Berapa ramaikah nelayan-nelayan di 1. Pesisir Pantai dan 2. Laut Dalam yang aktif di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  3. Berapa banyakkah ÒBagan NelayanÓ di Negeri Selangor dan jumlah penduduk di setiap Bagan tersebut?

    Klik jawapan »

118) KEMPEN HAPUSKAN ‘ISA’

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Mesyuarat DUN lalu telah meluluskan usul untuk kerajaan negeri melaksanakan kempen menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk mewujudkan sekretariat khas dan memasang billboard . Bagaimanakah struktur sekretariat yang diwujudkan dan siapakah yang mengetuainya?

  2. Berapakah peruntukan yang diberikan untuk kempen tersebut?

  3. Siapakah yang diberikan projek untuk memasang billboard tersebut?

119) PENDAPATAN PASIR TERKINI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah hasil pendapatan pasir yang terkini dari segi cukai, premium dan royalti dan bagaimana wang ini telah digunakan untuk pembangunan di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah penjelasan kerajaan bahawa harga pasir di Selangor tinggi berbanding negeri- negeri jiran?

    Klik jawapan »

120) PENGEMASKINIAN DATA GUNATANAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Pada 18 Mei 2011 Jawatankuasa Surau Taman Prima Selayang telah dimaklumkan secara bertulis oleh Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bahawa Lot 1244 Taman Prima Selayang tidak dapat disokong untuk pembinaan surau oleh kerana tapak yang dipohon adalah kawasan rizab gerai sedangkan di atas tapak yang sama sedang dibangunkan kilang menyimpan bahan sejuk beku kepunyaan individu. Apakah norma masa yang diambil untuk mengemas kini data tanah dalam sistem Pihak Berkuasa Tempatan setelah sesuatu perubahan status kepada tanah dilakukan.

    Klik jawapan »

  2. Tidakkah Jabatan Perancang Bandar Pihak Berkuasa Tempatan dirujuk atau dimaklumkan jika berlaku kes-kes perubahan guna tanah supaya tidak memberi maklumat yang tidak tepat kepada orang awam.

    Klik jawapan »

  3. Bilakah status Lot Tanah 1244 bertukar menjadi milik individu dan atas alasan apa kawasan itu dibenarkan pembangunan kilang sedangkan kawasan itu adalah kawasan perumahan.

    Klik jawapan »