Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

41) BAU BUSUK PUSAT PELUPUSAN SAMPAH (RDF)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Pusat Pembuangan Sampah (RDF) di Ulu Semenyih mengeluarkan bau busuk hingga ke kawasan perumahan Taman Pelangi Semenyih dan taman-taman perumahan sekitarnya (15 km daripada RDF). Ini menyebabkan ketidakselesaan di kalangan penduduk di sekitar taman-taman perumahan tersebut. Apakah tindakan yang diambil untuk mengatasi bau busuk tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pemantauan dibuat mengikut jadual ke atas pusat pelupusan sampah tersebut?

    Klik jawapan »

42) PUSAT KEBUDAYAAN CINA SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kemajuan terkini Projek Pusat Kebudayaan Cina Selangor?

  2. Bilakah projek ini akan disempurnakan?

43) PERUNTUKAN PEJABAT DAERAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis


  1. Apakah rancangan kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah penyelenggaraan lorong-lorong di kampung-kampung yang tidak lagi diberikan peruntukan oleh kerajaan ?

    Klik jawapan »

44) PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peruntukkan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menjayakan Projek Pembersihan Sungai Klang dan bilakah projek ini akan dimulakan?

  2. Jawatankuasa manakah yang bertanggungjawab untuk memantau perkembangan Projek Pembersihan Sungai Klang dan siapakah yang menganggotai jawatankuasa tersebut.

45) GERAKAN RANGKAIAN SOSIAL FACEBOOK

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti kekuatan dan potensi di segi penerangan yang mampu dijana melalui Facebook yang kini dikendalikan secara individu oleh ADUN di semua DUN seluruh Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk mensinergikan rangkaian Facebook ini sebagai satu gerakan rangkaian sosial bersepadu?

    Klik jawapan »

  3. Apakah Kerajaan Negeri ada rancangan untuk mewujudkan seorang pegawai penerangan bagi mengemas kini Facebook ini melalui pusat-pusat khidmat ADUN?

    Klik jawapan »

46) SKIM TABUNG ANAK LADANG PEKERJA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah penduduk Selangor memohon dan berapakah telah terima skim tabung anak ladang pekerja? Sila jelaskan mengikut DUN.

    Klik jawapan »

  2. Apakah kemudahan/kewangan yang mereka dapat?

    Klik jawapan »

47) INDUSTRI PENANAMAN PADI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila kemukakan butiran terperinci mengenai keluasan bendang yang masih diusahakan oleh para petani di kawasan Sekinchan khususnya dan Negeri Selangor amnya ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan purata pengeluaran hasil padi bagi setiap bendang yang berkeluasan 1.2 hektar di Sekinchan jika dibandingkan dengan Negeri - Negeri yang lain ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah penyakit padi yang sering menyerang tanaman padi sehingga akhirnya para petani mengalami kerugian ?

    Klik jawapan »

48) FLAT TERBIAR DAN LONGGOKAN SAMPAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Pada 7 Jun 2011, ADNS Bangi melawat rumah pangsa Blok C Jalan BM 2/12 Bandar Bukit Mahkota berikutan aduan penduduk. Mengapakah dewan bawah bangunan tersebut yang terbakar dibiar dengan longgokan sampah di dalamnya?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah yang bertanggungjawab menyelenggarakan kebersihan di sini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah pihak MPKj memantau dari segi kebersihan dan keselamatan bangunan?

    Klik jawapan »

49) EKO – PELANCONGAN DI HULU LANGAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah rancangan kerajaan dalam pembangunan eko-pelancongan di daerah hulu Langat ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan kerajaan dalam pembangunan agro-pelancongan di daerah hulu Langat?

    Klik jawapan »

50) PEGAWAI KERAJAAN NEGERI YANG DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN, TATATERTIB DAN DIDAKWA DI MAHKAMAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta kerajaan memberi bilangan kakitangan awam di bawah kerajaan negeri dan semua PBT yang telah dikenakan tindakan disiplin, tatatertib dan didakwa di mahkamah akibat perbuatan menyalahi undang-undang seperti rasuah dan sebagainya.

    Klik jawapan »