Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

51) PENASIHAT EKONOMI NEGERI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis


  1. Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri sejak Nov 2009 dengan bayaran elaun RM 1 sebulan. Berapakah kos pengurusan bulanan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri termasuk gaji kakitangan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perincian lawatan luar negara Penasihat Ekonomi Negeri pada tahun 2010?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah kos setiap lawatan tersebut?

52) JALUR LEBAR (WIFI) DI PELABUHAN KLANG

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Sedia maklum jalur lebar (wifi) diperlukan pada zaman sekarang dan ianya akan memudahkan pengguna untuk melayari laman sesawang. Berapa peratuskah tahap kemajuan yang telah dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri di dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar (wifi) di dalam kawasan Pelabuhan Klang?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah penduduk Pelabuhan Klang akan menikmati perkhidmatan jalur lebar (wifi) yang dirancang kan di dalam projek jalur lebar (wifi) di dalam Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan kawasan terkini perkhidmatan jalur lebar (wifi) yang telah dinikmati oleh pengguna di dalam Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

53) PEMBANGUNAN BARU DAN PEMBANGUNAN SEMULA PJ LAMA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah pelan kerajaan negeri berkaitan perkara di atas? Sila beri maklumat terperinci (kawasan-kawasan / seksyen-seksyen terlibat, dari segi pembangunan baru / pembaharuan, kos projek, berapa lama).

    Klik jawapan »

  2. Adakah pihak kerajaan negeri akan menghentikan sementara (moratorium sementara) semua pembangunan baru?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah pihak kerajaan negeri akan menyelesaikan masalah kekurangan ruang (tanah) dan kekurangan infrastruktur seperti jalanraya, saliran, pembetungan, bekalan air dan elektrik, penyelenggaraan am dan kemudahan awam?

    Klik jawapan »

54) MASJID

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Sepanjang tahun 2008-2010, berapa banyakkah masjid baru telah dibina oleh kerajaan Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapa peruntukan yang telah dikeluarkan dalam tempoh berkenaan?

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan kontraktor yang berdaftar yang diberikan kelulusan membina masjid-masjid berkenaan.

    Klik jawapan »

55) KERAJAAN AMBIL ALIH TANAH PJS 1

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Arahan mengambil alih tanah di PJS 1 seluas 11ekar telah dibuat. Nyatakan tanah mana yang dimaksudkan dan jenis pembangunan yang akan dibina.

    Klik jawapan »

  2. Adakah tapak kondominium terbabit dalam tanah yang akan dirampas serta bilakah arahan Ôstop workÕ akan diangkat?

    Klik jawapan »

56) FELDA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Sejauh manakah keberkesanan sistem penyaluran maklumat kita kepada rakyat, terutama di gugusan FELDA terutamanya ada yang masih tidak tahu tentang Skim-skim juga Program-program yang dijalankan oleh kerajaan Negeri setakat ini. Perlukah kita tukar dasar penyaluran maklumat supaya ianya lebih Cepat, Cekap dan Berkesan Bagi Memenuhi Kehendak Dan Ekspektasi kita agar rakyat FELDA sentiasa ÒupdateÓ dengan usaha terkini kerajaan terutamanya seperti kita sebut di taklimat GSA Act baru-baru dan adanya Task Force FELDA Selangor.

    Klik jawapan »

57) PROGRAM ÔCOMMUNITY POLICINGÕ

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Apakah peranan secara langsung dan tidak langsung Kerajaan Negeri dalam program Ôcommunity policingÕ di kawasan-kawasan taman perumahan?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak syarikat yang terlibat dengan Ôcommunity policingÕ?

    Klik jawapan »

  3. Adakah wujud sebarang mekanisme pemantauan untuk program ini?

    Klik jawapan »

58) LEBUHRAYA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis


  1. Adakah status milikan ROW (right of way) atau rizab kiri dan kanan lebuh raya?

    Klik jawapan »

  2. Adakah ia sudah diwartakan mengikut Kanun Tanah Negara?

    Klik jawapan »

59) POLISI PERUMAHAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan nisbah peratusan kuota bumiputera dan bukan bumiputera untuk projek perumahan kos rendah, kos sederhana dan kos tinggi mengikut pecahan daerah bagi tahun 2007-2011.

    Klik jawapan »

  2. Jabatan manakah yang bertanggungjawab untuk mengkaji serta menentukan Pelan Tindakan Perumahan untuk Negeri Selangor dan berapa kerapkah kajian tentang dasar perumahan negeri dijalankan bagi memenuhi keperluan semasa?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pendekatan yang diambil oleh kerajaan bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah?

    Klik jawapan »

60) SETINGGAN SIFAR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis


  1. Mengikut pecahan tahun, berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk program penempatan semula setinggan sejak 2000 Ð 2010?

  2. Berapakah jumlah setinggan yang telah mendapat tempat tinggal baru dan berapa ramai yang masih menunggu penempatan baru.

  3. Berapakah jumlah setinggan yang masih ada di Selangor sehingga akhir 2010