Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

91) CUKAI TAKSIRAN PBT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan rizab tunai setiap PBT sehingga sekarang tanpa mengambil kira deposit- deposit oleh pemaju dan kontraktor-kontraktor.

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak cukai taksiran PBT yang diterima setiap tahun dari tahun 2008 hingga 2010 dan kutipan cukai taksiran PBT sehingga sekarang pada tahun 2011?

    Klik jawapan »

92) MIMBAR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan peserta yang telah Berjaya?

    Klik jawapan »

  2. Bilangan peserta Berjaya mengikut pecahan kaum?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibayar dan apakah kriteria utama kelulusan permohonan MIMBAR?

    Klik jawapan »

93) SUMBER MANUSIA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Berapa ramai kah jumlah penganggur di negeri ini mengikut kategori siswazah dan bukan siswazah ?

  2. Berapa ramai dan berapa peratuskah pekerja asing di negeri ini mengikut kategori sama ada pekerja profesional, jurutera, pengurus, doktor hinggalah ke pekerja kilang, pekerja ladang dan sebagainya ?

  3. Adakah kerajaan negeri menetapkan sebarang syarat kepada pelabur luar serta syarikat tempatan peratus pengambilan pekerja asing mengikut jenis pekerjaan , sektor industri dan sebagainya untuk memastikan peluang pekerjaan pekerja tempatan tidak tersekat ?

94) SISTEM PANGKALAN DATA SECARA ÔONLINEÕ

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status pembangunan sistem pangkalan data secara ÔonlineÕ untuk menyimpan rekod-rekod tanah di semua Pejabat Daerah?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan jumlah fail yang terlibat mengikut Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

95) BANTUAN KEBAJIKAN KEPADA WARGA EMAS

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan bantuan kebajikan kepada golongan warga emas.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah warga emas yang menerima bantuan tersebut khususnya di Kawasan Pelabuhan Klang sehingga Jun 2011.

    Klik jawapan »

96) PENYIARAN RADIO INTERNET

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah konsep dan objektif radio internet di bawah CCSB?

    Klik jawapan »

  2. Apakah beza kumpulan yang hendak disasarkan oleh penyiaran TV Selangor berbanding dengan radio internet?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah kos yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk menjayakan radio internet di bawah CCSB?

    Klik jawapan »

97) TUNGGAKAN HUTANG KERJA-KERJA PEMBERSIHAN ALAM FLORA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan jumlah tunggakan hutang kerja-kerja pembersihan oleh Alam Flora sejak 5 tahun yang lalu mengikut susunan PBT ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan hutang tersebut tidak dilunaskan secara tuntas ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan bagaimanakah kaedah penyelesaian yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui setiap PBT ?

    Klik jawapan »

98) MENCONTOHI YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan Selangor bercadang mencontohi sistem pengajian Yayasan Islam Kelantan. Apakah pendekatan pelajaran di bawah YIK?

    Klik jawapan »

  2. Apakah persamaan dan perbezaan antara YIK dengan Pendidikan Islam di Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah keistimewaan yang dijangka diperoleh masyarakat Islam di Selangor dengan mencontohi YIK?

    Klik jawapan »

99) PERPUSTAKAAN AWAM

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah peranan dan objektif perpustakaan awam daerah dan desa?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan bilangan kunjungan pengguna di setiap perpustakaan dalam tahun 2008- 2010.

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan kos penyelenggaraan setiap perpustakaan awam dalam tahun 2008-2010

    Klik jawapan »

100) PEMBANGUNAN ISLAM DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak peruntukan untuk pembangunan Islam di Selangor dan nyatakan butiran terperinci tentang bagaimana peruntukan ini telah digunakan untuk pembangunan Islam termasuk program-program pembangunan infrastruktur yang telah dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan negeri seperti JAIS dan MAIS.

    Klik jawapan »