Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

231) PROGRAM KITAR SEMULA BARANG BUANGAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan kerajaan untuk meluaskan lagi program ini ke kawasan-kawasan padat penduduk di PBT-PBT di Negeri Selangor?

  2. Apakah seperti program-program Tuisyen Rakyat, Pusat Komuniti Wanita dan Pusat Dialisis Rakyat, program kitar semula barang buangan akan dilaksanakan melalui ADUN?

  3. Adakah kerajaan merancang untuk mewujudkan program membekalkan tong-tong kitar semula barang buangan melalui DUN-DUN?

232) PROGRAM PUSAT KOMUNITI WANITA DUN- MESIN JAHIT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Syabas kepada Kerajaan Negeri yang telah berusaha menyumbangkan mesin-mesin jahit untuk wanita di beberapa kawasan DUN demi membantu kaum wanita. Berapakah peruntukkan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk sumbangan Mesin Jahit tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memantau dan memastikan perlaksanaan program tersebut benar-benar mencapai kumpulan sasar warga miskin kota , wanita dan ibu tunggal?

    Klik jawapan »

  3. Apakah KPI yang akan digunakan untuk evolusi kejayaan program ini dari segi meningkatkan pendapatan wanita agar membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan?

    Klik jawapan »

233) SUMBER AIR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan menghadapi kekurangan bekalan air dalam jangka masa 20 tahun yang akan datang?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan kerajaan dalam pengurusan air untuk menjamin pembekalan yang mencukupi selepas pengambilan balik kuasa daripada Syabas?

    Klik jawapan »

234) MASALAH HAKISAN PANTAI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan jumlah peruntukan tahunan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah hakisan tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan masalah hakisan pantai terus berlanjutan sehingga kini tanpa suatu penyelesaian yang holistik ?

    Klik jawapan »

  3. Bilakah masalah hakisan pantai yang sering melanda pantai Bagan Sekinchan dan sungai Sekinchan dapat diselesaikan oleh pihak JPS ?

    Klik jawapan »

235) KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah status bas yang telah dijanjikan untuk diberikan kepada MPSJ untuk kegunaan orang ramai pada tahun 2008?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah kerajaan negeri untuk memperbaiki sistem kemudahan pengangkutan di kawasan bandar seperti Subang Jaya dan Petaling Jaya?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk (b) di atas? Jika ya, berikan butir-butir.

    Klik jawapan »

236) YAYASAN BASMI KEMISKINAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah perkembangan terkini isu permohonan tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)?

  2. Meminta kerajaan negeri membentangkan satu penerangan khas terhadap YBK dan badan-badan amal yang pernah mendapat sumbangan daripada kerajaan negeri?

237) YAYASAN BASMI KEMISKINAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah aset baik dalam bentuk tanah ataupun kewangan yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada Yayasan Basmi Kemiskinan sejak penubuhan yayasan tersebut pada tahun 1990 hingga 2010?

  2. Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memastikan bahawa sumbangan yang diberikan oleh kerajaan negeri ini adalah digunakan dengan sebaiknya oleh yayasan tersebut?

238) KEGAGALAN PEMAJU

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan kerajaan Negeri terhadap pemaju yang gagal menyerahkan dewan, tadika dan kemudahan awam lain seperti syarat bina dan serah ?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah kegagalan ini bagi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan jelaskan apakah puncanya ?

    Klik jawapan »

239) KEGIATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Apakah program yang telah dirancang mengenai kebudayaan dan kesenian sejak tahun 2008?

    Klik jawapan »

  2. Apakah polisi kerajaan mengenai kebudayaan dan kesenian di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Cara-cara untuk menggalakkan orang ramai berminat dalam bidang ini.

    Klik jawapan »

240) ELAUN PERJALANAN KE LUAR NEGARA YANG TELAH DIBELANJAKAN OLEH AHLI EXCO DAN FAEDAH DARIPADA LAWATAN RASMI TERSEBUT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah perbelanjaan perjalanan ke luar negara oleh setiap Ahli EXCO yang telah ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor sehingga ke hari ini?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah dan di manakah negara-negara yang telah dilawati bagi tujuan urusan rasmi oleh Ahli-Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah faedah-faedah yang telah diguna pakai dan dinikmati oleh Kerajaan Negeri Selangor hasil daripada lawatan-lawatan rasmi Ahli-Ahli EXCO tersebut?

    Klik jawapan »