Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

81) DEMAM DENGGI DAN INFLUENZA H1N1

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan kerajaan negeri yang mungkin lebih berkesan bagi menangani gejala wabak demam denggi yang semakin serius di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah status terkini Penyakit Influenza H1N1 di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

82) TASK FORCE

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri ada menubuhkan task force seperti task force tanah negeri dan melantik tenaga pakar untuk memperbaiki pentadbiran tanah negeri. Berapa task force kah yang telah diwujudkan oleh kerajaan negeri dan apakah terma rujukan mereka?

  2. Berapakah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membiayai tenaga pakar dalam semua task force tersebut?

  3. Apakah cadangan dan inovasi yang telah dihasilkan oleh task force dan dapat dimanfaatkan oleh kerajaan negeri?

83) MODEL EKONOMI BARU

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Persekutuan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) dengan elemen kreativiti, inovasi dan nilai tinggi sebagai teras pelaksanaan Rancangan Malaysia KeSepuluh (RMK-10). Apakah kerajaan negeri mempunyai model ekonomi tersendiri untuk memastikan ekonomi negeri terus kukuh?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kerajaan negeri bersedia untuk menerapkan MEB dalam strategi pembangunan ekonomi negeri?

    Klik jawapan »

  3. Apakah strategi kerajaan untuk menjana kreativiti, inovasi dan nilai di kalangan rakyat Selangor?

    Klik jawapan »

84) TANAH PERKUBURAN ISLAM

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor sedar bahawa Kerajaan Negeri telah menyediakan rizab perkuburan untuk orang Islam, orang Cina dan orang India di Batu 3 Mukim Damansara Petaling Jaya Selangor. Berapakah keluasan tanah yang disediakan untuk tapak-tapak perkuburan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor sedar sebahagian daripada tanah perkuburan Islam tersebut telah pun di ceroboh?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah tersebut?

    Klik jawapan »

85) PENGURUSAN PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri telah berusaha untuk membangunkan balik projek-projek terbengkalai di Negeri Selangor. Walaupun projek tersebut dapat dibangunkan semula tetapi kebanyakan pembeli rumah terutamanya rumah kos rendah mengalami masalah mendapatkan atau meneruskan pinjaman dibank, kerana telah berumur. Oleh kerana suatu tempoh masa yang panjang telah berlalu sehingga rumah terbengkalai dapat dinaikkan semula, maka umur pembeli rumah telah meningkat. Apakah bantuan penyelesaian Kerajaan Negeri kepada mereka yang sukar mendapat pinjaman bank kerana telah lanjut umur atau berpendapatan rendah?

    Klik jawapan »

  2. Oleh kerana projek terbengkalai, ramai pembeli telah berhenti membayar balik pinjaman ke bank. Justeru itu mereka di senarai hitamkan. Bagaimana Kerajaan Negeri dapat membantu pembeli rumah yang telah di senarai hitamkan ini apabila projek terbengkalai tersebut dibangunkan semula?

    Klik jawapan »

86) KAWASAN LAPANG DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Kawasan lapang yang telah disewa, dipajak atau diberi TOL untuk tujuan komersial di Negeri Selangor. Sila terperincikan mengikut daerah, kadar sewa atau pajak, syarikat yang terlibat dan tempoh tamat.

    Klik jawapan »

  2. Adakah kawasan lapang boleh dijadikan tempat rizab sekolah? Kalau tidak sila berikan sebab-sebab.

    Klik jawapan »

87) PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah KPI yang telah digariskan untuk kontraktor-kontraktor sama ada di dalam Alam Flora atau Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan tahap kerja yang memuaskan dalam pengurusan sampah di Selangor?

  2. Sejak dari Mac 2008 sehingga Mac 2010, berapa ramaikah kontraktor-kontraktor yang di tamatkan terus perkhidmatan mereka dan tolong senaraikan nama-nama mereka?

  3. Apakah langkah-langkah yang akan atau telah diambil untuk menambah baikkan tahap mutu dan keberkesanan kerja-kerja pembersihan kampung dan bandar yang masih berada di tahap yang belum memuaskan?

88) PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Mengikut kenyataan Menteri Kerja Raya, kerajaan pusat telah memperuntukkan sebanyak RM 315 juta kepada kerajaan Selangor untuk tujuan pembangunan infrastruktur di negeri Selangor. Berapa jumlah peruntukan yang diagihkan oleh kerajaan negeri bagi penyelenggara jalan-jalan di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana kerajaan negeri menggunakan peruntukan RM 315 juta ini?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah aduan kerosakan jalan raya yang diterima oleh JKR Selangor setiap bulan secara purata?

    Klik jawapan »

89) URBAN AGRICULTURE

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah status perkembangan program pertanian bandar (urban agriculture) ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah impak segera yang dinikmati oleh masyarakat bandar yang menyertai program ini?

  3. Apakah program ini boleh mendatangkan pulangan ekonomi tinggi untuk masyarakat bandar?

90) RANGSANGAN EKONOMI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan menjangka dapat menarik pelaburan melebihi RM 50 bilion di bawah pakej rangsangan ekonomi negeri melalui Inisiatif Kewangan Swasta bagi melaksana enam projek teras iaitu: 1) Pemulihan dan pembersihan Sungai Klang 2) Pembangunan semula projek perumahan yang terbengkalai 3) Pembangunan semula kawasan bandar 4) Peningkatan hasil tanaman padi 5) Perluasan sistem pengangkutan 6) Penstrukturan semula industri air Selangor. Setakat ini berapakah nilai pelaburan yang telah diperoleh untuk merangsang ekonomi negeri dan projek teras manakah yang diberi keutamaan serta dapat menarik pelaburan tertinggi?

  2. Berapakah jumlah pekerjaan yang telah dapat dicipta hasil pakej rangsangan ekonomi?

  3. Adakah kerajaan bercadang membuka sebuah makmal (laboratory) yang memperincikan inisiatif pelaksanaan pakej rangsangan ini untuk tatapan rakyat?