Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

15) PINJAMAN MIKRO KREDIT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Sila jelaskan kriteria pemohon yang layak menerima bantuan pinjaman mikro kredit Kerajaan Negeri. Di manakah pusat-pusat bagi menyerahkan permohonan pinjaman tersebut?

    Klik jawapan »

16) AHLI LEMBAGA PENGARAH BADAN BERKANUN DAN ANAK SYARIKAT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan kesemua nama Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor yang terkini

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan senarai nama dan tarikh sebenar Ahli Dewan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen yang telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di dalam kesemua GLC dan Anak Syarikat Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan secara terperinci apakah kriteria yang diguna pakai apabila membuat sesuatu pelantikan

    Klik jawapan »

17) PRESTASI KETUA-KETUA KAMPUNG

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Masih terdapat sebilangan ketua-ketua kampung tidak mencapai prestasi yang baik yang dihasrat oleh kerajaan negeri, berapakah bilangan mereka yang akan digugurkan untuk digantikan dengan orang yang lebih bertanggungjawab ?

    Klik jawapan »

18) PEKERJA LADANG (ESTATE)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Di bawah EXCO KESIHATAN, PEKERJA LADANG, KEMISKINAN DAN KERAJAAN PRIHATIN yang bertujuan membantu dengan membina jati diri Pekerja Ladang Rakyat (Estate) agar dapat keluar daripada belenggu kemiskinan material, intelektual dan spiritual. Bertanya kepada YAB DatoÕ Menteri Besar : a) Berapa banyakkah peruntukan yang telah di gunakan untuk program sedemikian. b) Sejauh manakah keberkesanan peruntukan tersebut bagi meningkatkan pendapatan perkapita mereka.

    Klik jawapan »

19) RANCANGAN MALAYSIA KE 10

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) akan berakhir pada tahun 2010 dan kerajaan Persekutuan telah membentangkan Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK-10) di Parlimen baru-baru ini. Adakah kerajaan negeri telah membuat kajian pencapaian RMK 9 bagi Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri akan mempunyai perancangan sendiri untuk membangunkan kawasan luar bandar ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah nilai tambah dalam menjayakan prospek RMK-10 bagi Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

20) ARAK

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah arak boleh dijual di kedai serbaneka seperti 7-eleven di Shah Alam malah turut berlaku di pekan kecil seperti Sabak Bernam sedangkan hal ini tidak berlaku sebelum ini ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah mekanisme yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa agama dalam membendung penjualan arak di kawasan majoriti Islam?

    Klik jawapan »

  3. Jika ada,apakah jaminan pihak berkuasa agama bahawa mekanisme tersebut memang boleh dilaksanakan. Adakah pihak berkuasa agama bersetuju jika saya kata kan bahawa ada pihak tertentu yang memang mahukan agar arak mudah diperolehi

    Klik jawapan »

21) ICT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. I-City di Seksyen 7, Shah Alam di katakan menjadi pemangkin ICT di Selangor. Apakah status terkini dan perancangan program-program pembangunan ICT yang telah ada?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah manfaatnya program di I-City dapat dilimpahkan kepada rakyat Selangor sehingga ke luar lembah Klang?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah tahap penembusan capaian internet jalur lebar tanpa wayar Selangor sehingga kini?

    Klik jawapan »

22) KELULUSAN MILIKAN TANAH DAN KEBENARAN MENDUDUKI SEMENTARA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Sepanjang pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat, berapakah jumlah milikan dan guna tanah yang telah diluluskan

    Klik jawapan »

  2. Apakah kaedah kelulusan dan pemantauan untuk milikan tanah atau kebenaran menduduki sementara yang diamalkan

    Klik jawapan »

23) PERLANJUTAN TEMPOH PERMOHONAN PEMUTIHAN KILANG HARAM

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri akan melanjutkan tempoh permohonan untuk pemutihan kilang haram?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kilang haram yang telah diputihkan semenjak tahun 2008 dan berapakah kilang haram yang masih belum diselesaikan?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah pendapatan yang telah diperolehi oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 melalui operasi pemutihan kilang ini?

24) LESEN INDUSTRI BURUNG WALID

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Bilakah garis panduan yang terbaru tentang pengurusan industri burung walid akan diluluskan?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan kawasan yang telah dikenal pasti sebagai zon industri burung walid mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  3. Badan manakah yang bertanggungjawab terhadap segala pemanduan dan juga aduan awam dalam pengurusan industri burung walid?

    Klik jawapan »