Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

181) KEMISKINAN BANDAR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramaikah golongan miskin Bandar yang telah mendaftar dan menerima Skim Mikro Kredit ini mengikut DUN?

    Klik jawapan »

  2. Selain skim ini, apakah program lain yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan miskin Bandar agar mereka boleh berdikari sendiri?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah Kerajaan Negeri menyelaraskan pemberian bantuan untuk golongan miskin Bandar melalui Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)?

    Klik jawapan »

182) BANTUAN KEPADA PARA BELIA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramai ahli belia atau persatuan belia yang telah mendapat bantuan dari kerajaan negeri dan apakah jenis bantuan itu?

    Klik jawapan »

183) PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN TEMPATAN 21 (LOCAL AGENDA 21) OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri agar Jawatankuasa Pembangunan Mampan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan dinaiktaraf sebagai suatu Jabatan dan di bawah pantauan terus Datuk Bandar atau Yang Dipertua Majlis Daerah.

    Klik jawapan »

184) TEATER DIRAJA SHAH ALAM

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kos binaan bangunan dan pengisian teater tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah pemaju yang bertanggungjawab dalam projek binaan?

    Klik jawapan »

  3. Bilakah teater tersebut akan buka untuk kegunaan?

    Klik jawapan »

185) PENUKARAN METER AIR PUKAL

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah pangsapuri kos sederhana dan rendah yang telah berjaya menukarkan meter air pukal kepada meter air individu bagi menikmati pemberian air percuma di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah halangan-halangan yang masih dihadapi oleh mereka yang tidak berjaya menukarkan meter air pukal?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membantu menyelesaikan halanganhalangan ini?

    Klik jawapan »

186) HOTEL DI TEPI TASIK CEMPAKA DI BANDAR BARU BANGI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. PKNS bercadang untuk membina sebuah hotel di tepi Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Dengan adanya beberapa hotel besar dan hotel-hotel kecil di sekitar Bandar Baru Bangi, adakah wajar PKNS melibatkan diri membina hotel di sini?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah dengan cadangan Ahli Dewan Negeri Selangor Ð Bangi dan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi agar didirikan `Convention Centre` di tepi Tasik Cempaka itu?

    Klik jawapan »

  3. Tidakkah wajar `Convention Centre` merupakan bangunan utama dan hotel menjadi sebahagian bagi kemudahan `Convention Centre` dan lain-lain?

187) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Menurut pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 oleh Perdana Menteri pada Sidang Parlimen baru-baru ini, pengurusan sisa pepejal akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan dan pengurusan sisa pepejal akan diswastakan kepada syarikat swasta. Rundingan dijangka siap pada hujung tahun 2010. Apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri serta bidang kuasa Kerajaan Negeri dalam rundingan pengurusan sisa pepejal tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah mekanisme yang akan diwujudkan bagi memantau keberkesanan pengurusan sisa pepejal oleh kontraktor swasta di setiap PBT memandangkan aduan awam biasanya dikemukakan kepada PBT?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah yang dirancang oleh kerajaan bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal oleh masyarakat umum sebagai satu langkah mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal?

    Klik jawapan »

188) PENGGUNAAN DEWAN KOMUNITI DI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bilangan Dewan Komuniti yang terdapat di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mempelbagaikan penggunaan dewanÐ dewan komuniti ini ?

    Klik jawapan »

189) SYARIKAT-SYARIKAT MILIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Siapakah ahli-ahli Lembaga Pengarah bagi kesemua syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut Syarikat?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kriteria-kriteria yang diguna pakai bagi melantik Pengarah/Pengarah Eksekutif bagi kesemua syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Sudahkah dan/atau bilakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menempatkan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor sebagai Pengarah/Pengarah Eksekutif bagi syarikatsyarikat milik Kerajaan Negeri tersebut?

    Klik jawapan »

190) KPI AHLI MAJLIS MPK

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Berapa peratuskah daripada Ahli Majlis MPK yang mencapai KPI seperti yang dihasratkan oleh kerajaan dan adakah mereka dibawah standard KPI perlu digantikan dengan yang baru?

    Klik jawapan »