Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

191) YAYASAN BASMI KEMISKINAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah aset baik dalam bentuk tanah ataupun kewangan yang disumbangkan kepada Yayasan Basmi Kemiskinan tetapi kini dibekukan dan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Selangor?

  2. Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memantau dan memastikan bahawa sumbangan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada manamana badan kebajikan adalah digunakan secara sebaiknya?

192) ISU KILANG HARAM

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kilang haram yang wujud pada masa kini jika dibandingkan dengan kerajaan sebelum ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah permasalahan yang dihadapi kerajaan di dalam pemutihan kilang haram?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

193) PREMIS PERNIAGAAN TANPA LESEN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Sudah dua tahun lebih pemerintahan PAKATAN RAKYAT memerintah negeri Selangor, dalam konteks perniagaan masih banyak premis-premis perniagaan tanpa lesen. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan sistem Pemutihan bagi peniaga-peniaga ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah dasar Kerajaan dalam pemberian lesen kepada peniaga-peniaga ini?

    Klik jawapan »

194) PERTUKARAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PBT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah kerajaan juga bercadang untuk melibatkan wakil rakyat dalam menentukan pertukaran pegawai-pegawai kanan dalam PBT?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah dasar ini dapat memanfaatkan kerajaan negeri dari segi prestasi dan kualiti kerja PBT?

195) PEMBANGUNAN USAHAWAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyakkah premis perniagaan dan zon-zon industri kecil dan sederhana (IKS) telah diwujudkan menurut daerah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program-program inkubator bagi melahirkan usahawan yang telah dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah Pusat Sehenti (OSC) yang telah diwujudkan menurut daerah?

    Klik jawapan »

196) MASALAH SAMPAH

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan dan strategi kerajaan untuk menangani masalah sampah yang semakin serius di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kelemahan-kelemahan dan masalah yang sedang dihadapi kerajaan dan berikan huraian terhadapnya?

    Klik jawapan »

197) PENGOREKAN TANAH MERAH DAN PENJUALAN SECARA HARAM DIBUKIT KAPAR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Banyak aduan yang dilaporkan kepada Pejabat Tanah Daerah Klang mengenai pengorekan tanah merah secara haram di Kg Bukit Kapar dan Kg Bkt Kerayong tetapi setakat ini belum ada langkah yang berkesan diambil, bagaimanakah cara pihak PTD Klang mengatasi aduan ini dan apakah cara dan langkah terbaik yang akan dilaksanakan

    Klik jawapan »

198) MASALAH TANAH

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bagaimanakah perkembangan terkini proses pengambilan balik tanah Ðtanah milik Kerajaan di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?

  2. Sila nyatakan secara terperinci tanah-tanah yang dijadikan kolam ternakan udang yang diambil balik oleh pihak kerajaan mengikut pecahan daerah ? Sila berikan butir-butir

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah dasar terkini yang diguna pakai oleh Kerajaan dalam proses permohonan LMS dan syarat-syarat yang dikenakan ?

    Klik jawapan »

199) INDUSTRI PELANCONGAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan ada berapa tempat peranginan Hutan rekreasi, Pusat Peranginan Pantai, Agro Pelancongan, Pulau & Pantai, Tempat Bersejarah dan Taman Rekreasi dalam negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyakkah keuntungan dan kutipan cukai dalam Industri ini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan Zon Bebas Cukai di dalam negeri Selangor

    Klik jawapan »

200) BELANJAWAN UNTUK PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah belanjawan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor. Sila senaraikan semua perbelanjaan.

    Klik jawapan »

  2. Adakah penggunaan bajet kerajaan untuk pilihanraya kecil adalah betul. Sila jelaskan

    Klik jawapan »