Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

61) PENYELESAIAN MASALAH BANJIR DI SELAYANG BARU

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Selayang Baru adalah perkampungan lama yang kini mengalami pertumbuhan pesat dan menghadapi masalah densiti penduduk yang padat. Pembangunan yang tidak terancang ini telah memberi kesan buruk kepada sistem perparitan. Longkang besar (monsoon drain) sedia ada sudah tidak lagi dapat menampung saliran air lebih-lebih lagi ketika hujan lebat sehingga berlaku banjir kilat di kawasan-kawasan sekitar. Apakah perancangan pembangunan yang akan dilakukan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi menyelesaikan masalah banjir kilat ini untuk jangka masa panjang demi memelihara kesejahteraan rakyat di kawasan tersebut

    Klik jawapan »

  2. Adakah penyelesaian bagi masalah banjir yang telah lama dihadapi ini dimasukkan oleh MPS atau Kerajaan Negeri Selangor sebagai salah satu projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)

    Klik jawapan »

62) PERANAN PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Apakah peranan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang disandangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ?

  2. Sejauh manakah sumbangan beliau untuk meningkatkan prestasi ekonomi Negeri Selangor ?

63) PREMIS PERJUDIAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan dengan tidak membuka premis premis judi bola sepak dunia. Apakah sebab-sebab dasar ini dilaksanakan ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah premis-premis perjudian yang telah diluluskan dan terdapat dalam kawasan PBT Negeri Selangor juga akan ditutup. Jika tidak mengapa premis-premis perjudian yang disediakan perlu dikekalkan ?

    Klik jawapan »

64) TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah prestasi TKPM?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan Jabatan Pertanian dalam mentransformasikan tanaman konvensional kepada tanaman bernilai komersial tinggi di TKMP?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Jabatan Pertanian bersedia mewujudkan Task Force untuk mengkaji dan merancang semula TKPM?

    Klik jawapan »

65) BIRO TATANEGARA (BTN)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah program latihan yang akan menggantikan modul Biro Tatanegara (BTN) bagi semua pelajar-pelajar IPT milik Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

66) GLC KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan nama ahli politik, ADN atau Ahli Parlimen yang duduk di mana-mana GLC Kerajaan Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Adakah mereka menerima elaun atau gaji sebagai non-executive director? Sila senaraikan secara terperinci.

67) PRESTASI KETUA-KETUA KAMPUNG

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Secara keseluruhan bagaimanakah prestasi mereka?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kalangan mereka dianggap salah pilih dan menentang polisi Kerajaan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kalangan mereka telah diberhentikan?

    Klik jawapan »

68) LATIHAN KEPADA GOLONGAN BELIA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan mensasarkan supaya para belia dilatih dan disediakan pekerjaan yang berpendapatan sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan. Apakah status kejayaan program tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bidang-bidang ekonomi strategik yang boleh disertai oleh para belia?

    Klik jawapan »

69) HASIL BALAK

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terkini mengenai pembalakan haram yang dikenal pasti di kawasan hutan di Hulu Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapa kes pembalakan haram yang telah dikesan oleh Kerajaan Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Adakah tindakan akan diambil terhadap pihak yang dikenal pasti terlibat dalam pembalakan haram?

    Klik jawapan »

70) PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri menubuhkan Program Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dalam usaha melaksanakan program-program bagi pembentukan modal insan belia. Apakah bentuk program pembangunan modal insan yang telah dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan statistik bilangan belia yang telah dilatih menerusi program PeBT setakat ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah program PeBT dapat membentuk pangkalan maklumat profil belia negeri meliputi aspek seperti pendidikan, pekerjaan, gaya hidup dan sumbangan mereka?

    Klik jawapan »