Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

61) MASALAH PADI ANGIN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan secara spesifik apakah sebenarnya masalah padi angin ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan kenapa sejak kebelakangan ini masalah padi angin semakin berleluasa dan serius ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah kaedah yang paling berkesan untuk mengurangkan dan membendung masalah tersebut ?

    Klik jawapan »

62) GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN TUAN SPEAKER DAN PUAN TIMBALAN SPEAKER DEWAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah gaji asas dan elaun Speaker dan Timbalan Speaker?

  2. Berapakah tuntutan dalam dan luar negara atas nama jawatan-jawatan yang disandang?

  3. Apakah nilai kemudahan-kemudahan yang diperolehi oleh Speaker dan Timbalan Speaker?

63) MASALAH RUMAH KOS RENDAH TELOK GEDONG INDAH, PORT KLANG

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Seramai 90 keluarga yang menduduki dua buah blok A&B Pangsapuri Telok Gedong Indah, Jalan Sama Gagah 18/DKS Taman Telok Gedong Indah 42000 Pelabuhan Klang merana kerana keretakan rumah yang amat teruk . Kerosakan dan keretakan wujud sejak sebelum mereka menduduki rumah tersebut . Isu mereka telah dibawa ke perhatian Majlis Perbandaran Klang dan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah para penduduk Rumah Kos Rendah ini ?

64) KELAS TUISYEN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Kelas tuisyen bagi beberapa mata pelajaran SPM telah ditawarkan kepada pelajarpelajar miskin di bawah peruntukan negeri Selangor. Berapakah jumlah pelajar yang mengikuti tuisyen sedemikian seluruh negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah prestasi graf pencapaian mereka?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kelas-kelas tuisyen sedemikian diteruskan?

    Klik jawapan »

65) PERUNTUKKAN AHLI MAJLIS MPAJ TAHUN 2009-2010

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan kegunaan peruntukan Ahli-Ahli Majlis MPAJ sejak dilantik pada tahun 2009 hingga May 2010

    Klik jawapan »

  2. Siapakah atau apakah mekanisme yang ada untuk mengesahkan Ahli Majlis tersebut telah pun menjalankan program tersebut?

    Klik jawapan »

66) LESEN “CYBERCAFE” DAN RUMAH URUT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah lesen "cybercafe" dan rumah urut/refleksologi yang telah dikeluarkan sejak tahun 2005 sehingga 2010? Sila berikan butir-butir mengikut tahun dan PBT

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengekalkan kuota sedia ada untuk pengeluaran lesen? Sila nyatakan sebab

    Klik jawapan »

67) PENGURUSAN SRA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perancangan jangka panjang kerajaan bagi memantapkan institusi agama terutama Sekolah Rendah Agama terutama pemantapan modal insan dan kebajikan serta kerjaya kakitangan sekolah?

    Klik jawapan »

68) KEMPEN HARI TANPA BEG PLASTIK

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah kos kempen Hari Tanpa Beg Plastik anjuran Kerajaan Negeri? Sila nyatakan berapakah premis yang terlibat di seluruh negeri

    Klik jawapan »

69) LESEN MENDUDUKI SEMENTARA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi mengatasi isu ejen tanah yang mengutip komisen dan memohon tanah secara berkelompok untuk orang lain?

  2. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mewujudkan sistem pendaftaran dan pemprosesan tanah yang telus bagi mengurangkan kes permohonan yang bertindih?

  3. Adakah tindakan kerajaan bagi memantau dan memastikan bahawa sebidang tanah kerajaan yang diberi milik itu digunakan dengan seoptimumnya?

70) DEWAN ORANG RAMAI DI KAWASAN DUN BALAKONG

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah usaha kerajaan bagi mengadakan dewan orang ramai di kawasan DUN Balakong?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan mempunyai peruntukan bagi membangunkan dewan orang ramai ini di negeri Selangor?

    Klik jawapan »