Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

51) KILANG HARAM

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan kilang-kilang haram yang masih beroperasi sehingga kini mengikut daerah

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan kilang-kilang haram yang telah diberikan lesen sejak dua tahun lalu sehingga kini

    Klik jawapan »

52) PROJEK PENYALURAN AIR MENTAH PAHANG – SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Tidakkah projek memberi kesan negatif kepada alam sekitar di kedua-dua negeri

    Klik jawapan »

  2. Berapakah anggaran kos dan sumber bagi projek penyaluran air dari Pahang ke Selangor ini?

    Klik jawapan »

  3. Dengan perbelanjaan yang tentunya begitu tinggi adakah rakyat akan menanggung beban kenaikan tarif air?

    Klik jawapan »

53) KONSEP BINA DAN JUAL

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Bilakah Kerajaan Negeri bercadang melaksanakan konsep bina dan jual bagi projek perumahan baru di semua PBT?

    Klik jawapan »

  2. Apakah halangan yang dihadapi (jika ada) dalam perlaksanaan konsep ini?

    Klik jawapan »

54) PELAN PEMBANGUNAN SEMULA DI PBT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut


  1. Petaling Jaya Khususnya Damansara Utama merupakan bandar yang di lahirkan pada 1970an. Terdapat banyak bangunan komersial, industri dan kedaikedai yang berbentuk zaman itu dan sekarang tidak sesuai untuk masa kini. Ekorannya terdapat banyak bangunan yang kosong atau dalam status kurang memuaskan. Kedudukan ini menarik aktiviti-aktiviti yang kurang baik (pelacuran dan aktiviti berjudi menyamar sebagai perniagaan tulen). Betapa seriusnya keadaan ini?

    Klik jawapan »

  2. Patutkah PBT membentuk suatu Jawatankuasa untuk mengkaji lebih dalam kedudukan ini dan utarakan syor-syor kepada pihak berpatutan?

    Klik jawapan »

55) AHLI LEMBAGA ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Senarai Ahli Lembaga Anak Syarikat Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kriteria pemilihan tersebut?

    Klik jawapan »

56) SISA PEPEJAL DOMESTIK DAN PERINDUSTRIAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan untuk mengurangkan sisa buangan domestik?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bajet yang diperuntukkan untuk pendidikan dan program kitar semula?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan dalam penyelenggaraan sisa perindustrian?

    Klik jawapan »

57) TANAH PERKUBURAN INTEGRASI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah status tanah perkuburan integrasi seluas 400 ekar yang terdapat di Semenyih.

    Klik jawapan »

  2. Adakah perkara tersebut telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

    Klik jawapan »

58) TAHAP KEMISKINAN TEGAR DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah dan berapakah kadar kemiskinan (hard & poor) di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peratusan kemiskinan tegar tersebut mengikut kaum di Negeri Selangor ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah dan tindakan pembasmian yang dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah kemiskinan tegar ini?

    Klik jawapan »

59) KUTIPAN ZAKAT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kutipan zakat harta dan fitrah sepanjang tahun 2008 yang lalu serta bilangan pembayar yang telah menunaikannya? Berikan sekali jumlah agihan zakat tahun yang sama mengikut kategori asnaf. Berapakah kutipan sasaran zakat harta dan fitrah untuk tahun 2009 ini?

    Klik jawapan »

60) KERJA MENGOREK SUNGAI LANGAT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Didapati beberapa syarikat telah menjalankan kerja mengorek Sungai Langat di dalam DUN Dusun Tua. Bagaimana cara pemilihan syarikat tersebut dibuat? Apakah dibuat secara tender terbuka atau sebaliknya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat-syarat syarikat yang layak?

    Klik jawapan »

  3. Ada aduan penduduk mengatakan bahawa syarikat yang mengorek sungai ini mengambil kesempatan mengeluarkan pasir tanpa permit. Apakah tindakan Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »