Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

21) PERUNTUKAN HAL EHWAL SELAIN ISLAM

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan Hal Ehwal selain Islam yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam tahun 2008.

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan butiran terperinci dan senarai kesemua organisasi selain Islam yang mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri pada tahun 2008.

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan selepas 8 Mac yang lalu berapakah jumlah geran tanah telah diluluskan kepada rumah ibadat selain Islam. Sila berikan butir-butir.

    Klik jawapan »

22) SISTEM PENGANGKUTAN BANDARAYA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah -langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membaiki sistem pengangkutan awam secara keseluruhannya

    Klik jawapan »

  2. Oleh kerana perkhidmatan bas dijalankan oleh pihak swasta, maka perkhidmatan mereka bergantung kepada sama ada sesuatu lokasi perhentian dan laluan dapat mengaut keuntungan. Syarikat swasta tidak rela memberi perkhidmatan sebagai tanggungjawab sosial. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk memulakan sistem bas kepunyaan kerajaan yang dapat lalui semua lokasi penghuni demi melengkapkan kekurangan ini di Selangor

    Klik jawapan »

23) PENANGKAPAN ANJING LIAR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kaedah atau prosedur yang diguna pakai oleh pihak kontraktor bagi tujuan penangkapan anjing liar di semua PBT?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kaedah yang digunakan untuk menghapuskan anjing liar(sama ada secara suntikan, tembakan atau sebarang kaedah lain)?

    Klik jawapan »

24) DENGGI DAN CHIKUNGUNYA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Apakah faktor-faktor merebaknya denggi dan chikungunya di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah berkesannya langkah-langkah yang diambil?

    Klik jawapan »

  3. Mengapakah penyakit ini lebih berlaku di bandar berbanding luar bandar?

    Klik jawapan »

25) PENGURUSAN PERBELANJAAN OLEH PBT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewajibkan penubuhan Task Force di peringkat PBT dalam memastikan pengurusan perbelanjaan yang lebih berhemah dan bertanggungjawab dapat ditingkatkan seperti yang dilaksanakan oleh MPAJ

26) PROJEK PERUMAHAN DI ATAS TAPAK BEKAS TIMBUS TANAH (LANDFILL) DI KELANA JAYA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Apakah cara penyelesaian untuk menyelesaikan masalah projek perumahan di atas tapak bekas timbus tanah (landfill) di Kelana Jaya yang didakwa dibenarkan tanpa kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kajian telah dijalankan ke atas keadaan tanah tersebut oleh mana-mana pihak (MBPJ/JAS) dan apakah isi kandungan kajian tersebut?

    Klik jawapan »

27) PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah program pembangunan usahawan yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Berapa peratus daripada program tersebut adalah memfokuskan kepada belia?

    Klik jawapan »

28) PENGURUSAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah projek pembangunan yang diluluskan di kawasan yang dikelaskan sebagai KSAS?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang akan diambil dalam pemantauan projek-projek tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan KSAS?

    Klik jawapan »

29) PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Dalam usaha Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor melahirkan para atlit yang berkualiti dan berbakat, apakah dasar-dasar digunakan pakai oleh Kerajaan Negeri dalam pembangunan sukan di peringkat daerah khususnya di Pelabuhan Klang?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pendekatan atau bentuk kerjasama Majlis Sukan Negeri (MSN) dengan persatuan sukan negeri atau daerah dalam penglibatan remaja dan belia serta pihak swasta di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Dengan kemudahan infrastruktur sukan yang ada di Pelabuhan Klang seperti gelanggang badminton, padang bola sepak, kompleks sukan dan pusat rekreasi, apakah rancangan pengkhususan Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor dalam usaha menarik lebih ramai lagi atlit-atlit muda yang berpotensi di peringkat daerah?

    Klik jawapan »

30) PENGURUSAN HUTAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Sila kemukakan bilangan menurut kategori hutan di seluruh Negeri Selangor menurut daerah.

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyakkah dana yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dalam menguruskan semua kategori hutan di atas di seluruh Negeri Selangor pada tahun 2008.

    Klik jawapan »

  3. Berapa banyakkah hasil yang diperolehi jika ada oleh Kerajaan Negeri daripada semua kategori hutan di atas di seluruh Negeri Selangor pada tahun 2008

    Klik jawapan »