Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

41) BANJIR DI KAMPUNG BARU SG. BULOH

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah -langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah banjir Kg. Baru Sg.Buloh ini secara keseluruhan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bajet yang akan diperuntukkan untuk kerja tersebut.

  3. Adakah Kerajaan Negeri membuat kajian menyeluruh sistem longkang,sungai dan perparitan di Kg. Baru Sg.Buloh dan bagaimanakah penyelesaian banjir dapat diselaraskan dengan isu kilang haram.

    Klik jawapan »

42) PENANGKAPAN HAIWAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Sila berikan butir-butir kontraktor yang dibayar untuk penangkapan haiwan dari tahun 2003-2008 di semua PBT.

    Klik jawapan »

  2. Butir-butir lengkap pembayaran yang dibuat kepada kontraktor di atas seperti amaun pembayaran, tarikh pembayaran, jenis haiwan dan bukti penangkapan

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan lokasi atau tempat simpanan haiwan yang telah ditangkap (sama ada disimpan di dalam lori ataupun di dalam tempat kurungan haiwan).

    Klik jawapan »

43) LAMBAKAN KERETA BURUK

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Di bawah cable voltan tinggi di tepi jalan masuk dari tol Bangi di Jalan 6 berhadapan seksyen 15 Bandar Baru Bangi dilongok beratus-ratus kereta buruk yang mencacatkan pandangan. Hal ini telah diadukan kepada MPKj dan Pejabat Daerah Hulu Langat. Pihak manakah yang melambakkan kereta-kereta buruk berkenaan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah sebarang keizinan diberi bagi penggunaan tempat lambakan berkenaan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang patut diambil bagi mengeluarkan kereta-kereta buruk berkenaan?

    Klik jawapan »

44) KAWASAN RIADAH ATAU REKREASI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewajibkan kawasan riadah seperti gelanggang Futsal di kawasan-kawasan kediaman penduduk yang mempunyai kepadatan yang tinggi yang melebihi 1,000 unit rumah.

    Klik jawapan »

45) PENJUALAN TANAH MILIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah tanah milik kerajaan negeri Selangor yang telah dijual kepada anak-anak syarikat (GLC) daripada tahun 1999.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah harga tanah tersebut dijual kepada GLCs

    Klik jawapan »

46) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah pencapaian program MES sehingga Disember 2008?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah perbelanjaan dalam pengurusan dan pentadbiran program MES?

  3. Apakah rancangan Fasa 2 untuk program MES?

    Klik jawapan »

47) PROGRAM UNTUK MENANGANI MASALAH BANJIR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Dalam satu mesyuarat EXCO tahun lepas, kerajaan negeri Selangor telah meluluskan peruntukan sebanyak RM21 juta dalam menangani masalah banjir. Sila nyatakan program yang telah atau sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri melalui agensi yang berkaitan dalam usaha membendung masalah yang sering kali berlaku di setiap daerah

    Klik jawapan »

  2. Kebanyakan masalah banjir kilat berlaku akibat dari sistem perparitan yang bermasalah terutama di kawasan luar bandar seperti Pulau Indah, Perkampungan Telok Gong, kampung Black Water di Pelabuhan Klang. Oleh yang demikian, apakah bentuk kemudahan dalam penambahbaikan sistem perparitan untuk mengatasi masalah tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah bentuk bantuan yang disediakan oleh pihak berkenaan dalam hal-hal kecemasan atau luar jangka berkenaan banjir kilat di peringkat daerah khususnya di Pelabuhan Klang?

    Klik jawapan »

48) ORANG ASLI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Sila kemukakan bilangan perkampungan orang asli di seluruh Negeri Selangor menurut daerah.

    Klik jawapan »

  2. Sila jelaskan bidang-bidang penyelarasan serta pembahagian tugas di antara agensi-agensi Persekutuan dan agensi-agensi Negeri Selangor dalam pentadbiran hal-ehwal orang asli di semua daerah dalam Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  3. Berapa banyakkah dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi pentadbiran, pembangunan, pendidikan dan kebajikan orang asli di seluruh Negeri Selangor menurut daerah pada tahun 2008.

    Klik jawapan »

49) MASALAH BANJIR YANG BERLAKU DI KAWASAN BALAKONG SEPERTI DI TAMAN INDAH BATU 11, CHERAS, KAMPUNG BARU BALAKONG, DAN TAMAN MURNI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Anggaran kos yang akan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  3. Bilakah akan dilaksanakan?

    Klik jawapan »

50) CAJ GERAN-GERAN DI KAWASAN PERUMAHAN KAMPUNG TASIK, AMPANG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Mengapakah wujudnya dua jenis caj geran yang berbeza di kawasan perumahan Kampung Tasik, Ampang.

    Klik jawapan »

  2. Adakah pihak kerajaan akan kembalikan caj yang telah dibayar lebih setelah menyelaraskan caj-caj tersebut

    Klik jawapan »

  3. Berapakah lot di kawasan berkenaan yang belum menjelaskan premium tanah?

    Klik jawapan »