Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

101) RANCANGAN TEMPATAN KUALA LANGAT 2020

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan kerajaan seterusnya hasil kajian tersebut.

    Klik jawapan »

  2. Adakah rancangan pembangunan pesisir sungai dalam pakej rangsangan ekonomi akan menjadi prioriti Kerajaan Negeri.

    Klik jawapan »

102) MASALAH PEKERJA ASING DI KAWASAN PEMBANGUNAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut


  1. Pembangunan serta pengubahsuaian bangunan-bangunan di persekitaran taman perumahan kerap melibatkan tenaga pekerja orang asing. Sering kali di persekitaran pembangunan tersebut terdapat aduan kes-kes jenayah. Di peringkat PBT apakah yang boleh dibuat untuk menangani masalah itu ?

    Klik jawapan »

  2. Bolehkah perintah berhenti kerja (stop Ðwork-order) dikenakan kepada kontraktor yang menggunakan tenaga asing haram ?

    Klik jawapan »

103) GEJALA SOSIAL DIKALANGAN REMAJA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Isu gejala sosial yang melanda di Negeri Selangor tidak kurang hebatnya seperti gejala dadah,pergaulan bebas, pinjaman along dan sebagainya. Apakah tindakan Kerajaan Negeri sekarang yang mengatakan akan membuat kempen besar-besaran menangani gejala maksiat?

    Klik jawapan »

104) SETINGGAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. YAB DATO' Menteri Besar pernah menyatakan dalam dewan yang mulia ini, negeri Selangor berhadapan dengan permasalahan setinggan dan kemiskinan yang serius di kawasan bandar dan pinggir bandar. Apakah Pelan Tindakan Negeri bagi menghadapi isu setinggan ini?

    Klik jawapan »

105) PEKEBUN-PEKEBUN KECIL KELAPA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri untuk membantu pekebun Ð pekebun kelapa meningkatkan pengeluaran hasil tanaman kelapa?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah pekebun kecil kelapa dan keluasan tanah mereka yang masih belum menerima bantuan Kerajaan Negeri bagi tanaman semula kelapa?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah Ð langkah dan bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu pekebun kecil kelapa yang tanaman kelapa mereka telah diserang penyakit oleh makhluk perosak tanaman?

    Klik jawapan »

106) PEMBINAAN WAYAR VOLTAN TINGGI OLEH TNB

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Tenaga Nasional Berhad membina wayar voltan tinggi di kawasan berhampiran dengan tempat kediaman tanpa memberi taklimat kepada ADUN dan penduduk. Mengapakah wayar voltan tinggi boleh dibina berhampiran dengan tempat kediaman, misalnya Cheras Hartamas di DUN Teratai dan diluluskan oleh kerajaan?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah ADUN dan penduduk boleh melibatkan diri dalam proses rundingan bersama pihak berkuasa supaya pembinaan wayar voltan tinggi tidak akan membawa kesan negatif kepada penduduk?

  3. Apakah undang-undang yang boleh menghentikan kerja-kerja membina wayar voltan tinggi yang dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad?

107) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terhadap Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor yang diumumkan pada 4 Mac lalu dalam usaha memacu perkembangan ekonomi di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

108) BANTUAN KEPADA PARA PELAJAR DALAM MENGUASAI MATA PELAJARAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Terdapat sejumlah pelajar yang sanggup meninggalkan sekolah kerana tidak mampu menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ini termasuk pelajar dari bangsa Melayu, Cina, India dan anak orang asli yang tidak dapat meneruskan persekolahan kerana gagal menguasai mata pelajaran tersebut. Apakah perancangan pihak kerajaan bagi membantu para pelajar yang masih mengalami masalah dalam menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris?

    Klik jawapan »

109) PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN ASAS DI STADIUM MELAWATI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Bagi pihak PAS, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor di atas kebenaran yang diberikan kepada PAS Pusat untuk mengadakan Muktamar PAS Pusat kali ke 55 baru-baru ini. Sungguhpun demikian, didapati kemudahan asas seperti tandas dan sebagainya telah berada di dalam keadaan yang agak usang dan rosak. Manakala surau yang disediakan agak kecil untuk menampung keperluan pengguna di kalangan orang Islam. Apakah Kerajaan Negeri melalui Exco yang terlibat tidak mempunyai perancangan untuk membaik pulih kerosakan-kerosakan ini dan siapa yang memantau syarikat yang dilantik untuk menyelenggarakan pusat-pusat sukan di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Bolehkah keluasan surau-surau di pusat-pusat sukan di seluruh negeri Selangor dilihat semula dan jika perlu dibuat pengubahsuaian bagi memenuhi keperluan umat Islam menunaikan kewajipan bersolat.

    Klik jawapan »

110) BELIA DAN SUKAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peluang Ð peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan yang telah disediakan kepada belia Ð belia anak Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah belia Ð belia di Negeri Selangor yang telah mendapat pekerjaan?

    Klik jawapan »