Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

171) SETIAUSAHA, PEGAWAI KEWANGAN DAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk menukar Setiausaha, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan sebab-sebab untuk jawapan (a) di atas dan tarikh pertukaran (jika ada)

    Klik jawapan »

172) KEMPEN JERIT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. YAB Menteri Besar telah melancarkan kempen berbasikal JERIT , Jaringan Rakyat Tertindas pada bulan November, 2008 dan menyokong tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh kempen ini . Tuntutan-tuntutan kempen ini ialah : i) Akta Gaji Minima ii) Kawal Harga Barang iii) Hentikan Penswastaan Kemudahan Asas seperti Air iv) Perumahan Selesa untuk Rakyat v) Laksanakan Pilihan raya Kerajaan Tempatan dan vi) Mansuhkan ISA. Sejauh manakah Kerajaan Negeri telah berusaha untuk mengimplementasikan tuntutantuntutan kempen tersebut di bawah kuasa implementasi Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

173) HASIL PASIR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah pulangan dari segi royalti, dividen dan bayaran kepada Kerajaan Negeri, agensi- agensinya serta anak-anak syarikat kerajaan yang terkini sehingga pertengahan tahun ini hasil daripada industri perlombongan sumber-sumber semula jadi seperti pasir?

    Klik jawapan »

  2. Apakah matlamat dan sasaran kerajaan untuk mempertingkatkan pulangan ini?

    Klik jawapan »

174) PROJEK JAMBATAN PULAU CAREY (MENGHUBUNGKAN KG SAWAH, PULAU CAREY KE TELOK PANGLIMA GARANG)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah status yang terkini

    Klik jawapan »

  2. Berapakah perbelanjaan awal dan yang terkini dan tempoh siap yang dijangkakan

    Klik jawapan »

175) PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah saman bagi semua kesalahan yang telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah pungutan saman telah diperoleh oleh PBT-PBT di Negeri Selangor mengikut PBT?

    Klik jawapan »

176) INDUSTRI TERNAKAN BABI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan Projek Ternakan Moden Babi ini setelah mendapati ianya amat berisiko tinggi kepada kesihatan umum bukan sahaja kepada masyarakat sekitar tetapi kepada negara secara keseluruhan

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah pencegahan yang diambil Kerajaan Negeri supaya penyakit ini tidak menular di kalangan ladang-ladang ternakan babi sedia ada di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

177) BALAIRAYA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Didapati banyak balai raya dan dewan orang ramai dalam DUN Dusun Tua telah rosak dan tidak di selenggara dengan baik semenjak Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih bangunan tersebut. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan membaiki bangunan tersebut?

    Klik jawapan »

178) USAHA KERAJAAN NEGERI TERHADAP MENJAGA ALAM SEKITAR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Setiap tahun negeri Selangor terpaksa lalui masalah jerebu disebabkan pembakaran terbuka oleh negara jiran dan tempatan. Adakah usaha pihak Jabatan Alam Sekitar untuk berbincang bersama negara jiran bagaimana dapat diatasi masalah tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha dalam negeri sendiri bagi meningkatkan kesedaran tersebut?

    Klik jawapan »

179) POLISI PEMBERIAN BANTUAN OLEH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Sila huraikan apakah garis panduan baru bagi memohon bantuan jabatan ini kerana ramai mengadu permohonan mereka ditolak disebabkan permohonan yang tidak disokong oleh ADUN dari Barisan Nasional

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan permohonan kepada JKM dilayan secara saksama dan diberikan pada semua mereka yang layak tanpa mengira fahaman politik

    Klik jawapan »

  3. Apakan Kerajaan Negeri bercadang meningkatkan peruntukan kepada JKM bagi memberikan ruang lebih ramai rakyat yang layak mendapat bantuan dan bila ia akan dibuat?

    Klik jawapan »

180) TARIK BALIK CUKAI TAPAK PASAR MALAM

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Pihak Kerajaan Negeri mengarah agar cukai tapak pasar malam ditarik balik. Apakah rasional cukai tapak ini ditarik balik?

    Klik jawapan »

  2. Dengan penarikan balik, adakah kos penyelenggaraan dapat ditampung?

    Klik jawapan »

  3. Pasar malam membawa implikasi kebersihan, adakah kerajaan menggalakkan pembukaan pasar malam yang baru atau sebaliknya?

    Klik jawapan »