Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

251) DASAR PENSWASTAAN DALAM PBT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Banyak tapak-tapak perniagaan yang dibina oleh Pihak Berkuasa Tempatan sebelum ini telah diswastakan pengurusannya kepada pihak ketiga untuk tempoh yang lama. Syarikatsyarikat pengurusan tersebut mengaut keuntungan berlipat ganda melalui sewaan yang tinggi kepada peniaga, dan hanya membayar PBT kadar sewa yang rendah. Adakah terdapat dasar penswastaan Kerajaan Negeri untuk Pihak Berkuasa Tempatan. Sila nyatakan

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan tapak-tapak perniagaan yang di bawah PBT yang telah diswastakan pengurusannya serta nama syarikat-syarikat tersebut dan tempoh yang diserahkan pengurusannya

    Klik jawapan »

252) PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan perpustakaan awam yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut PBT.

    Klik jawapan »

  2. Apakah nisbah jumlah buku Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di perpustakaan awam dalam Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk menggalakkan dan seterusnya menarik orang ramai untuk berkunjung ke perpustakaan?

    Klik jawapan »

253) SISTEM PENGANGKUTAN DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri telah mengumumkan seluruh Selangor akan dihubungkan dalam tempoh satu jam semasa sidang DUN lepas. Jelaskan perkembangan cadangan ini dan bilakah ia akan dilaksanakan

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos keseluruhan projek ini dan terangkan sumber kewangannya serta nyatakan bagaimanakah ia akan dilaksanakan memandangkan keadaan ekonomi semasa tidak begitu menggalakkan

    Klik jawapan »

  3. Apakah projek ini akan dilaksanakan dengan penyertaan pihak swasta lain di peringkat nasional memandangkan banyak pihak ini telah mempunyai perancangan serupa terutamanya sistem LRT yang telah menjangkau pinggir lembah Klang seperti di Putra Height, Seksyen 27 dan sebagainya

    Klik jawapan »

254) HAKMILIK TANAH UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Berapa Sekolah Kebangsaan, Sekolah Agama, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil di negeri Selangor yang duduk atas tanah bukan kerajaan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk beri atau pun beli tanah untuk sekolah-sekolah yang duduk di atas tanah bukan kerajaan supaya sekolah-sekolah ini boleh dapat taraf bantuan penuh?

    Klik jawapan »

255) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan tahap sambutan masyarakat setempat terhadap Program Tuisyen Rakyat yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan huraikan apakah objektif utamanya.

    Klik jawapan »

  2. Sehingga kini berapakah jumlah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) yang masih belum menjalankan Program tersebut ? Sila berikan butir-butir

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan jumlah peruntukan tahunan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri bagi menjayakan Program PTRS tersebut.

    Klik jawapan »

256) BELIA DAN PEMBANGUNAN INSAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan dan mendekati belia?

    Klik jawapan »

  2. Apakah aktiviti yang telah di laksana dan bakal dilaksanakan melalui program pembangunan belia negeri Selangor?

258) PERPUSTAKAAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bilangan buah perpustakaan awam yang terdapat di seluruh Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bilangan buah perpustakaan awam di Negeri Selangor yang mempunyai bahagian bahasa Cina?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah kerajaan Negeri Selangor akan memperuntukkan untuk perpustakaan awam bagi menambah bilangan buku bahasa Cina terutamanya di kawasan yang mempunyai populariti orang Cina yang tinggi?

    Klik jawapan »

259) PKFZ

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan yang ada pada kerajaan negeri jikalau PKFZ diserahkan kepada Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat-syarat Kerajaan Negeri untuk mengambil alih PKFZ memandangkan projek ini menanggung kerugian yang besar setakat sekarang?

    Klik jawapan »

260) PEMBELIAN KERETA CAMRY

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Jika sebab penukaran kereta perdana kepada Camry bagi ahli Exco adalah kos penyelenggaraan yang tinggi, mengapakah kereta perdana untuk PBT dan agensi kerajaan yang lain tidak ditukar?

    Klik jawapan »

  2. Apakah yang sudah terjadi kepada kereta perdana lama pihak Exco? Sila nyatakan butir-butir.

    Klik jawapan »