Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
1) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Setakat ini, apakah perkembangan terkini Perancangan Projek Pembersihan Sungai Klang?
-
Sila nyatakan berapakah syarikat swasta yang berminat dan telah membentangkan kertas cadangan kepada pihak Kerajaan Negeri
-
Sila nyatakan apakah manfaat yang akan dinikmati oleh rakyat Negeri Selangor sekiranya projek tersebut berjaya dilaksanakan.
2) PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan syarikat-syarikat konsultan yang telah dilantik kerajaan negeri untuk program S.P.I.E.S. dan berapa ramaikah jumlah peserta yang telah menyertai program ini melalui syarikat-syarikat tersebut?
-
Berapakah penyertaan kepada Program Tuisyen Rakyat Selangor yang telah dijalankan dan apakah punca kepada kelemahan-kelemahan program ini yang telah dikenal pasti?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menangani golongan belia dan remaja yang terjebak dengan gejala sosial dan enggan menyertai program-program pembangunan insan yang dijalankan?
3) PENGURUSAN PASIR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri berhasrat mahu mengembalikan hasil jualan pasir di negeri Selangor kepada rakyat. Sejauh manakah berjayanya polisi baru di atas dapat dijalankan?
-
Mampukah sebuah syarikat dipertanggungjawabkan dapat mengendalikan urusan penjualan pasir?
-
Mengapakah aduan kecurian pasir masih kerap berlaku di sana sini?
4) PASAR PAGI DAN PASAR MALAM DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pasar pagi dan pasar malam di Negeri Selangor yang menghadapi masalah serius dan sering diadu oleh penduduk-penduduk?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini?
5) KEJADIAN JENAYAH DI KOTA DAMANSARA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah jenayah dan kesalahan yang berlaku di Kota Damansara pada tahun 2008 dan 2009
-
Senaraikan jumlah kakitangan polis yang dikhususkan untuk memantau keselamatan Kota Damansara.
-
Apakah tindakan-tindakan yang inovatif dan proaktif yang pernah dilakukan oleh pihak polis untuk menangani masalah ini.
6) SKIM VSS KAKITANGAN KHSB
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Lembaga Pengarah Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) telah meluluskan skim VSS pada 23 April 2009. Atas dasar apakah skim ini diluluskan dan mahu dilaksanakan?
-
Apakah tawaran dan jaminan kebajikan terhadap kakitangan yang bakal terlibat dalam skim ini?
-
Adakah skim ini akan dilaksanakan secara sama rata di kalangan kakitangan tanpa mengira kedudukan jawatan mereka?
7) ORANG ASLI
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan penduduk terkini mengikut suku kaum bagi masyarakat Orang Asli di Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah peruntukan Negeri Selangor yang digunakan bagi tahun 2005-2008 untuk pembangunan masyarakat Orang Asli?
-
Apakah rancangan Negeri Selangor dalam pembangunan masyarakat Orang Asli?
8) TRAGEDI JAYA SUPERMARKET SEKSYEN 14 PJ
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Selangor telah menyenaraihitamkan enam pihak yang terlibat dalam tragedi Pasar raya Jaya di Seksyen 14, Petaling Jaya. Apakah penglibatan kesemua syarikat ini dalam projek-projek pembangunan di PBT yang lain dan bagaimana PBT dapat memantau projek-projek sedia ada yang masih diusahakan mereka?
9) STRUKTUR TELEKOMUNIKASI
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri membenarkan struktur telekomunikasi (telco tower) dibina di kawasan lapang ataupun taman permainan kanak-kanak?
-
Jika ya, apakah peruntukan undang-undang yang diguna pakai untuk membenarkan struktur jenis komersil di kawasan lapang/taman rekreasi?
10) PELANTIKAN KETUA KAMPUNG TRADISI DAN TERSUSUN DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila sebutkan cara-cara menamatkan perkhidmatan ketua kampung
-
Berapakah kampung masih belum ada Ketua Kampung. Sila jelaskan sebab-sebabnya.
-
Bagaimanakah penduduk boleh memantau prestasi seseorang ketua kampung?