Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

111) RIZAB SIMPANAN WANG DAN HARTANAH PBT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta satu senarai rizab simpanan wang di setiap PBT sejak tahun 2007 hingga sekarang

  2. Meminta satu senarai hartanah dan bangunan yang dimiliki setiap PBT sehingga sekarang serta nilai pasaran semasanya

112) TANAMAN POKOK

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Memandangkan kemerosotan kualiti udara di Selangor, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menggesa PBT menanam lebih banyak pokok dan mengenakan syarat yang lebih ketat seperti meningkatkan penanaman pokok bagi setiap kebenaran merancang yang diberikan untuk pembangunan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah pokok yang mesti ditanam oleh setiap PBT setiap tahun dan sudahkah mereka melaksanakannya? Sila berikan butir-butir

    Klik jawapan »

113) PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN KAWASAN BUKIT BERUNTUNG

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah rancangan yang ada pada masa kini untuk membangunkan dan memajukan Bukit Beruntung?

  2. Apakah insentif yang diberikan kepada usahawan atau pemaju untuk bersama-sama memajukan kawasan tersebut?

114) PENGANGGURAN DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah pengangguran di Selangor kini, akibat daripada krisis kewangan dan ekonomi yang melanda. Berikan perangkaan mengikut sektor

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah tersebut?

    Klik jawapan »

115) TANAH DIMILIKI ANAK SYARIKAT SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah keluasan dan lokasi tanah yang dimiliki oleh Anak-anak Syarikat Selangor dari tahun 2006 hingga 2009

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan wujudnya ketelusan dalam urus niaga tanah milik anak syarikat Selangor agar mendatangkan keuntungan yang maksimum kepada kerajaan

    Klik jawapan »

116) PEMBINAAN TEROWONG ATAU FLYOVER

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Penduduk Kajang Utama dan sekitarnya telah dijanjikan terowong atau flyover bagi memendekkan perjalanan ke Kajang dan sebaliknya sejak 2001. Bilakah perancangan ini akan dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah anggaran peruntukan yang diperlukan?

    Klik jawapan »

  3. Syarikat manakah yang akan mengendalikan projek berkenaan?

    Klik jawapan »

117) KAMPUNG ORANG ASLI HULU KEMENSAH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Kesan daripada soalan-soalan dan ucapan-ucapan dalam Sidang DUN, sebahagian daripada Orang-orang Asli di Kg Hulu Kemensah, Hulu Kelang, kini telah menikmati rumah baru dan pemasangan litar dan meter elektrik. Di bawah program apakah (sama ada Pusat atau Kerajaan Negeri) pembinaan unit-unit rumah baru ini dijalankan?

  2. Apakah telah wujud perjanjian antara mana-mana agensi Kerajaan Negeri dengan pihak Kerajaan Pusat bagi membekalkan elektrik ke kampung tersebut?

  3. Bilakah unit-unit rumah yang dibina akan disiapkan keseluruhannya dan bilakah bekalan elektrik akan disambung ke kampung tersebut?

118) OSCC

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah pembentukan OSCC dapat membantu golongan wanita?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program-program yang akan dilancarkan oleh kerajaan untuk membantu golongan wanita khususnya ibu tunggal dalam membantu mereka menghadapi cabaran hidup?

    Klik jawapan »

119) KILANG HARAM

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Bilakah Kerajaan Negeri akan menyelesaikan masalah kilang haram di USJ 1?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri, MPSJ dan Pejabat Tanah untuk menangani masalah ini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan sesi perjumpaan dengan pemilik kilang? Jika ya, bila?

    Klik jawapan »

120) STATUS PEMADAM DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Adakah PEMADAM di tubuh oleh kerajaan Negeri Selangor? Kalau tidak sila nyatakan taraf PEMADAM dan hubungannya dengan kerajaan Negeri Selangor.

    Klik jawapan »