Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

31) PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Apakah program-program yang telah dijalankan untuk memupuk budaya membaca di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak koleksi buku-buku di perpustakaan-perpustakaan di bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan perpustakaan-perpustakaan PBT di seluruh Selangor mengikut Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil?

    Klik jawapan »

32) PERUNTUKAN DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Pejabat Tanah Daerah Petaling untuk pembangunan tanah seperti gelanggang permainan untuk kawasan DUN Subang Jaya pada tahun 2007 berbanding dengan tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

  2. Berikan butir-butir dan sebab untuk pengurangan ataupun penambahan amaun bagi (a) di atas

    Klik jawapan »

33) HALA TUJU UNTUK MEMBANGUNKAN KAMPUNG-KAMPUNG CINA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Sila sebutkan hala tuju untuk membangunkan kampung-kampung Cina

    Klik jawapan »

  2. Apakah program yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008 untuk membangunkan kampung-kampung Cina. Sila jelaskan mengikut kampung bersama dengan peruntukkan yang sudah dibelanjakan

34) PENGUBAHSUAIAN PREMIS TANPA KAWALAN DAN KELULUSAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Tindakan beberapa peniaga yang membuat ubahsuaian premis tanpa sebarang kawalan dan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan di gerai-gerai UPEN & PLB amat menyakitkan mata. Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap isu ini dan bolehkah pihak Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah wang untuk mengubah wajah gerai-gerai ini agar lebih tersusun dan seragam, dan sedap mata memandang

    Klik jawapan »

35) JAWATANKUASA KHAS PANTAU PEMBERIAN KONTRAK ALAM FLORA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah skop tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Audit Khas?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah yang akan menganggotai JK tersebut?

  3. Adakah jawatankuasa sama akan diperluaskan tugasnya memantau pemberian kontrak- kontrak yang lain selain pengurusan sampah?

36) PENDIDIKAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peruntukan yang digunakan untuk program SPIES di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan konsultan yang terlibat dalam penganjuran program SPIES dan tempoh kontrak

    Klik jawapan »

  3. Apakah pencapaian program SPIES sejak pelancarannya dalam menilai prinsip-prinsip kerajaan Pakatan Rakyat?

    Klik jawapan »

37) PROGRAM KESIHATAN DAN TAHAP KEBERSIHAN SETEMPAT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah bentuk program kesihatan yang dirancang dan dibekalkan kepada penduduk setempat bagi mengawal tahap penyakit berjangkit yang berbahaya seperti H1N1 dan demam denggi daripada menular selain dari bekalan vaksin pencegahan dan semburan kawasan penyakit berbahaya?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana tindakan pihak Kerajaan Negeri bagi meningkatkan tahap kebersihan dan prasarana serta kemudahan awam di setiap kawasan-kawasan kampung, taman perumahan serta pendalaman bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan berbahaya?

    Klik jawapan »

38) LATIHAN KEUSAHAWANAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk 5 tahun akan datang bagi melatih usahawan - usahawan baru terutama di kalangan belia?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah usahawan yang telah dilatih mulai Mac 2008 sehingga Mac 2009 mengikut daerah seluruh Selangor?

    Klik jawapan »

39) TANAH KHAS UNTUK ORGANISASI-ORGANISASI (KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN) ORANG KURANG UPAYA (OKU), FIZIKAL DAN MENTAL

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Bolehkah Kerajaan Negeri membuat peruntukan-peruntukan untuk sama ada, menyediakan tanah kerajaan atau peruntukan oleh pemaju-pemaju untuk dibekalkan bagi tujuan ini?

    Klik jawapan »

40) SUNGAI KLANG

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis


  1. Pada 16 Mac 2009, YAB Menteri Besar mengumumkan peruntukan sebanyak RM 10 billion bagi kos pembersihan dan pemulihan Sungai Klang yang akan selesai dalam masa dua tahun. Bilakah projek ini akan bermula?

    Klik jawapan »

  2. Dari manakah Kerajaan Negeri akan memperoleh pembiayaan kewangan sebanyak RM 10 bilion tersebut.?

    Klik jawapan »

  3. Apakah Kerajaan Negeri berkemampuan membelanjakan RM 10 bilion hanya untuk projek membersihkan sungai?

    Klik jawapan »