Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

41) SETINGGAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis


  1. YAB DATO' Menteri Besar pernah menyatakan dalam dewan, Negeri Selangor berhadapan dengan permasalahan setinggan dan kemiskinan yang serius di kawasan Bandar dan pinggir Bandar. i Apakah Pelan Tindakan Negeri bagi menghadapi isu setinggan ini?

    Klik jawapan »

42) KEADAAN ALAM SEKITAR SEMAKIN MEROSOT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perkembangan semasa Projek Pembersihan Sungai Klang yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapa jumlah kilang di tepi Sungai Klang terpaksa dipindahkan kerana projek pembersihan Sg. Klang?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu pemilik-pemilik kilang kerana terjejas dalam projek pembersihan ini?

    Klik jawapan »

43) KRITERIA PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA BARU MASJID DAN SURAU

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan Negeri telah mengumumkan senarai Ahli Jawatankuasa masjid dan surau baru-baru ini. Mohon senaraikan nama-nama Ahli Jawatankuasa masjid dan surau dalam DUN Jeram?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah cara pemilihan Ahli Jawatankuasa dilakukan dan kriteria bagaimana yang menjadi asas pemilihan?

    Klik jawapan »

  3. Mohon senaraikan juga penceramah-penceramah yang telah diberi tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor bari tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

44) STATUS PERMOHONAN TANAH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status permohonan untuk mendapatkan geran peneroka tanah di Kampung Seri Tanjung, Dengkil.

    Klik jawapan »

45) RANCANGAN PEMBANGUNAN DAERAH SABAK BERNAM

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah pelan perancangan pembangunan yang bakal dilaksanakan di daerah Sabak Bernam bagi tempoh 5 tahun akan datang?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan dengan detail apakah usaha-usaha yang dirangka oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menarik lebih banyak pelabur asing dan domestik datang melabur ke daerah Sabak Bernam.

    Klik jawapan »

  3. Selain sektor pertanian dan perikanan, apakah sektor yang berpotensi untuk dimajukan di daerah Sabak Bernam?

    Klik jawapan »

46) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan projek perumahan dan pemaju yang bermasalah di negeri Selangor mengikut peringkat sehinggalah yang telah dikenal pasti sebagai terbengkalai?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap projek-projek perumahan yang bermasalah khususnya di DUN Meru?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil Kerajaan Negeri bagi melindungi pembeli yang menjadi mangsa apabila projek perumahan mereka bermasalah?

    Klik jawapan »

47) RUMAH MAMPU MILIK RAKYAT BERTARAF DUNIA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Exco dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan memaklumkan kepada ADUN Bangi bahawa Kerajaan Negeri dengan kerjasama PKNS akan memulakan projek perumahan mampu milik oleh rakyat bertaraf dunia di Bangi. Apakah maksud dan konsep rumah mampu milik oleh rakyat berpendapatan rendah bertaraf dunia itu?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah projek ini akan dijalankan di Bandar Baru Bangi?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jangkaan harga bagi satu unit rumah mampu milik bertaraf dunia ini?

    Klik jawapan »

48) MASALAH BELIA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah belia di Negeri Selangor yang menjadi penagih dadah?

    Klik jawapan »

  2. Adakah terdapat peningkatan penagih dadah di golongan belia di Negeri Selangor dan jika ia, kadar peningkatannya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan/ mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

49) PERUMAHAN PEKERJA LADANG PRANG BESAR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Pada tahun 1997, penduduk empat buah ladang di Selangor, iaitu Ladang Prang Besar, Ladang Sedgeley, Ladang Galloway dan Ladang Madingley telah dipindahkan ke rumah pangsa kos rendah, 5 tingkat Taman Permata. Flat ini telah dibina oleh Putrajaya Holdings untuk PNSB. Pekerja telah membuat perjanjian jual beli rumah ini dengan PNSB. Keadaan rumah ini amatlah teruk sekarang, di mana sistem kumbahan yang rosak ,'foundation' bangunan yang bermasalah. Penduduk juga sedang hidup dalam ketakutan kerana adanya sebuah paip gas Petronas yang berada kurang 50 meter dari Blok rumah pangsa ini. Perumahan ini juga belum mendapat kelulusan menduduki CF. Bagaimana kelulusan pembangunan untuk projek ini diluluskan , sehingga kelulusan CF tidak dapat diberikan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah penduduk Taman Permata.

    Klik jawapan »

50) ANAK-ANAK SYARIKAT DAN SYARIKAT-SYARIKAT BERSEKUTU DI BAWAH PNSB

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Terdapat lapan anak syarikat, lapan syarikat bersekutu dan sebuah syarikat bersekutu di bawah anak syarikat PNSB. Sila kemukakan perbelanjaan untuk mengurus setiap syarikat di atas dari tahun 2004 hingga 2008.

    Klik jawapan »

  2. Manakah di kalangan anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu ini yang rugi dan membebankan PNSB dan berapakah kerugiannya bagi setiap anak syarikat dan syarikat bersekutu tersebut

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menutup syarikat-syarikat yang membebankan PNSB ini?

    Klik jawapan »