Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

201) PENGANGGURAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah jumlah pengangguran mengikut komposisi kaum di kalangan rakyat Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Selangor pada masa kini?

    Klik jawapan »

202) HASIL PASIR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah pulangan dari segi royalti, dividen dan bayaran kepada kerajaan negeri, agensi-agensinya serta anak-anak syarikat kerajaan yang terkini sehingga suku ketiga tahun ini hasil daripada industri perlombongan sumber-sumber semulajadi?

    Klik jawapan »

203) PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Usaha pembangunan semula bandar-bandar seperti Petaling Jaya, Kelang dan Kajang akan melibatkan isu-isu perundangan. Adakah Kerajaan Negeri sudah kenal pasti pindaan-pindaan yang perlu dalam Akta-akta dan Undang-undang Kecil bagi melicinkan usaha pembangunan semula kelak?

    Klik jawapan »

  2. Apakah proses yang akan dilakukan dalam rancangan pembangunan semula bandar-bandar agar ia mendapat sokongan serta kejayaan?

    Klik jawapan »

204) PENGURUSAN SISA PEJAL DOMESTIK

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar kerajaan terhadap pengurusan sisa pejal domestik?

  2. Apakah rancangan kerajaan dalam pengurusan dan pemuliharaan tapak pelupusan sisa pejal terbuka(open dumping site) yang merupakan punca pencemaran yang serius?

  3. Apakah tindakan yang diambil untuk mencegah pembuangan sisa pejal dan sisa pukal di tempat-tempat terbuka?

205) PEGAWAI KONTRAK

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Kami difahamkan bahawa ramai yang berkhidmat lebih lima tahun dalam agensiagensi kerajaan masih memegang jawatan sebagai pegawai (staff) kontrak. Apakah syarat-syarat bagi memastikan seorang pekerja itu diterima dalam jawatan tetap( permanent)?

    Klik jawapan »

  2. Apakah alasan-alasan untuk tidak menawarkan jawatan kekal pada mereka yang berkhidmat lama dengan agensi-agensi ini.

    Klik jawapan »

206) KONTRAKTOR ALAM FLORA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kontraktor Alam Flora (dilantik oleh Kerajaan Negeri sejak Mac 2008) yang telah ditukar ataupun ditamatkan oleh semua PBT kerana prestasi yang tidak memuaskan?

  2. Apakah sistem ataupun KPI yang diguna pakai untuk memantau prestasi kontraktor Alam Flora ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kos pemantauan yang dibayar kepada Alam Flora?

207) TANAH PERKUBURAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Berapakah tanah perkuburan di Selangor yang telah penuh dan berapakah tanah yang baru akan dibuka untuk dijadikan tanah perkuburan?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan lokasi-lokasi tanah perkuburan yang telah penuh serta lokasi tanah perkuburan yang bakal dibuka.

    Klik jawapan »

  3. Siapakah yang akan Kerajaan Negeri serahkan hak pengurusan untuk mengendalikan tanah perkuburan baru tersebut?

    Klik jawapan »

208) PROJEK PENGHUTANAN SEMULA 10,000 HEKTAR KAWASAN DI BUKIT TAREK DAN RANTAU PANJANG DI BAWAH PKPS

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Projek ini dipajakkan kepada enam buah syarikat persendirian pada harga yang terlalu rendah seperti RM10/Ha setahun bagi tahun 1 Ð 6. Jika kawasan ini tidak dipajakkan kepada syarikat persendirian berkenaan selama 50 tahun, PKPS berkemungkinan mendapat kesemua pendapatan jualan getah balak dan sentang: Berapa banyakkah pendapatan yang hilang daripada PKPS kesan daripada pajakan 50 tahun kepada syarikat-syarikat persendirian ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah asas-asas Jemaah Ahli-ahli PKPS pada masa itu untuk memberikan pajakan kepada syarikat-syarikat persendirian?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kerajaan berhasrat untuk mengambil alih pengurusan perhutanan semula di kawasan tersebut?

    Klik jawapan »

209) KEDUDUKAN KEWANGAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Perjelaskan secara terperinci sumber kewangan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek pembersihan sungai Klang pada setiap fasa.

    Klik jawapan »

  2. Terdapat aduan yang mengatakan tender ditutup terlalu cepat hingga ramai pelabur ketinggalan, apakah kerajaan bercadang membuka semula tender ini?

    Klik jawapan »

210) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah rumah ibadat bukan Islam yang telah memperoleh kelulusan mengikut pecahan PBT daripada tahun 2008-2009.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan jumlah peruntukan yang telah diberikan kepada rumah ibadat bukan Islam daripada tahun 2007-2009.

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan bahawa perancangan tempatan akan mengambil kira keperluan rumah ibadat bukan Islam?

    Klik jawapan »