Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

221) LESEN TOL

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bilangan lesen TOL yang telah diberikan kepada individu mengikut DUN?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bilangan penerima lesen TOL ini yang telah menyewakan semula tanah tersebut kepada pihak ketiga?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Pejabat Daerah terhadap mereka ini?

    Klik jawapan »

222) BELIA DAN SUKAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan semua program yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri untuk mempromosikan belia dan sukan sejak Mac 2008 dan kos yang terlibat. Sila berikan butir-butir.

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah program tersebut membantu mempertingkatkan penglibatan belia dan prestasi sukan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

223) KESIHATAN ORANG ASLI HULU KEMENSAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Pada awal tahun 2009 terdapat ramai penduduk Orang Asli di Kg Hulu Kemensah telah jatuh sakit dan demam. Di bawah program apakah (sama ada Pusat atau Kerajaan Negeri) khidmat kesihatan Orang Asli dijalankan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah terdapat program-program khas penjagaan kesihatan Orang Asli yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  3. Apakah Kerajaan Negeri merancang untuk memberi peruntukan tambahan bagi program penjagaan kesihatan Orang Asli di Kg Hulu Kemensah?

    Klik jawapan »

224) PENUKARAN METER AIR OLEH SYABAS

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Huraikan perkembangan terkini berkenaan status pertukaran meter pukal ke meter individu di pangsapuri-pangsapuri di seluruh Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah pangsapuri terlibat dan bilangan meter yang telah ditukar mengikut daerah

    Klik jawapan »

225) PROJEK PEMBESARAN SUNGAI RAJAH, RAWANG

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah sebab projek ini dihentikan dan adakah projek ini akan diteruskan?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah kontraktor baru yang dilantik untuk meneruskan projek tersebut dan bilakah kerja pembesaran akan diteruskan?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah kos yang diperuntukkan untuk projek ini secara keseluruhan dan tambahan kos untuk pelantikan kontraktor baru?

    Klik jawapan »

226) INPENS

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan bersedia untuk menambah kakitangan atau ahli akademi yang bukan Melayu di institut INPENS? Sila nyatakan sebab-sebab

    Klik jawapan »

  2. Apakah benchmark yang digunakan untuk menilai prestasi INPENS?

    Klik jawapan »

227) PEMBUANGAN SAMPAH DI SUNGAI KEMBUNG, BANGI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Kawasan pembuangan sampah di Sungai Kembong telah ditutup, walau bagaimanapun pembuangan sampah oleh berbagai pihak berterusan. Pencemaran bau tidak menyenangkan penduduk di Bandar Bukit Mahkota dan Bandar Seri Putra. Mengapa pembuangan sampah di sini berterusan, walaupun kawasan ini telah diisytiharkan tutup?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah pihak MPKj tidak memberi perhatian terhadap aduan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah jangkaan tindakan yang akan diambil?

    Klik jawapan »

228) PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah bentuk bantuan-bantuan yang dijanjikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil di nurseri dan pra-sekolah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap pusat pendidikan pra-sekolah yang dibina di atas tanah kerajaan dan apakah tindakan yang akan diambil?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyelaraskan kurikulum pembelajaran anak-anak di pra-sekolah?

    Klik jawapan »

229) EKONOMI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila jelaskan dengan perangkaan persembahan prestasi ekonomi Negeri Selangor bagi Jan hingga Jun 2009?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kelemahan Negeri Selangor dalam pembangunan ekonomi bagi tempoh Jan hingga Jun 2009?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor berdasarkan kelemahan-kelemahan dari Jan hingga Jun 2009?

    Klik jawapan »

230) JENAYAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah jenis-jenis jenayah yang sering berlaku di Negeri Selangor yang mengancam rakyat Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jenis-jenis jenayah yang berlaku mengikut komposisi kaum di Negeri Selangor pada masa kini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi jenis-jenis jenayah tersebut?

    Klik jawapan »