Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

241) PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar dan pendirian kerajaan terhadap fungsi Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Selangor yang terletak di bawah Kerajaan Persekutuan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam program-program yang dilaksanakan oleh PPN Selangor?

    Klik jawapan »

242) KEGANASAN DOMESTIK

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah statistik keganasan domestik di Selangor berbanding seluruh negara?

    Klik jawapan »

  2. Apakah inisiatif bagi mengurangkan berlakunya keganasan domestik?

    Klik jawapan »

243) PEMBANGUNAN TANAH OLEH PKNS

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Hampir kebanyakan projek pembangunan tanah di Kota Damansara terletak di bawah PKNS. Berapakah jumlah tanah yang ada di Kota Damansara di bawah PKNS?

    Klik jawapan »

  2. Apakah projek pembangunan yang diperuntukkan di Kota Damansara?

    Klik jawapan »

  3. Adakah semua ini dibangunkan dengan usaha sama; DAN apakah syarat-syaratnya?

    Klik jawapan »

244) TASKFORCE TANAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah status semasa dan hasil kajian yang telah dilakukan oleh Taskforce Tanah?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan kejayaan dan langkah pembaikan yang telah disyorkan dan dilakukan oleh Taskforce Tanah.

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah kos yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk Taskforce Tanah termasuk gaji? Berikan butir-butir

    Klik jawapan »

245) PENCEROBOHAN KAWASAN HUTAN SIMPAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan kawasan hutan simpan yang masih terdapat aktiviti pencerobohan walaupun pelbagai langkah dan tindakan telah dilakukan oleh pihak Jabatan Perhutanan mengikut pecahan daerah?

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan butiran terperinci mengenai nama-nama individu dan syarikat yang terlibat dalam aktiviti pencerobohan secara haram dalam tempoh setahun bermula dari bulan Jun 2008 hingga bulan Jun 2009?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah langkah-langkah pencegahan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membendung kegiatan tersebut agar kawasan hutan Simpan dapat terus terpelihara?

    Klik jawapan »

246) INSIDEN BERDARAH DI KG. MEDAN, PETALING JAYA PADA 8HB MAC, 2001

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Pernahkah Kerajaan Negeri Selangor di bawah Barisan Nasional memberi apa-apa pampasan kepada mangsa-mangsa kaum India yang telah meninggal dunia dan mengalami kecederaan akibat peristiwa berdarah di Kg. Medan, Petaling Jaya pada 8hb Mac, 2001?

    Klik jawapan »

  2. Jika ada, berapakah jumlah dan apakah bentuk pampasan lain yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Barisan Nasional pada ketika itu?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat berhasrat untuk memberikan apa-apa bentuk pampasan bagi meringankan bebanan kaum keluarga mangsa-mangsa peristiwa berdarah tersebut?

    Klik jawapan »

247) GEJALA SOSIAL

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan yang ada pada kerajaan membanteras gejala sosial yang berleluasa di kalangan masyarakat India?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan berhasrat untuk memperkasakan institusi keagamaan dan persekolahan masyarakat India untuk menyelesaikan masalah ini bermula daripada akar umbinya?

    Klik jawapan »

248) KEMPEN MENINGKATKAN KESEDARAN RAKYAT EKORAN USUL MANSUHKAN ISA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri Selangor terlebih dahulu meluluskan usul untuk menolak ISA sedangkan Kerajaan Pulau Pinang sudah pun memasang papan-papan tanda menolak ISA. Apakah Kerajaan Negeri bercadang menaikkan papan-papan tanda menolak ISA di seluruh Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah ada dalam rancangan Kerajaan Negeri meningkatkan kesedaran rakyat dengan menjalankan teater, Ôroad-showÕ dan penerbitan risalah dan cakera padat terhadap kezaliman ISA?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peruntukan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi menjalankan kempen anti ISA agar peruntukan ini dilihat oleh rakyat selaras dengan usul yang telah diluluskan di Dewan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »