Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

81) PELABURAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Bertulis


  1. Sehingga kini berapakah jumlah pelaburan yang diterima oleh Negeri Selangor dan berapakah anggaran pelaburan yang bakal diraih oleh Selangor untuk tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan sehingga tahun 2010?

    Klik jawapan »

  2. Adakah akibat demonstrasi jalanan yang berlaku di Selangor memberi kesan terdapat perkembangan sektor pelaburan, perindustrian dan perdagangan?

    Klik jawapan »

  3. Negara manakah yang telah dilawati untuk misi pelaburan dan berapakah belanja yang dikeluarkan untuk semua misi - misi pelaburan dan perdagangan tersebut?

    Klik jawapan »

82) BANTUAN ZAKAT KEPADA RAKYAT

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Zakat telah mengeluarkan bantuan kepada fakir miskin menjelang Ramadan dan Hari Raya 1430/2009. Berapakah jumlah Zakat Fitrah yang diterima Lembaga Zakat bagi tahun 1430/2009?

    Klik jawapan »

  2. Berapa jumlah fakir miskin dan peruntukan yang dikeluarkan pada tahun 1430/2009?

    Klik jawapan »

  3. Selain dari peruntukan kepada fakir miskin, kepada pihak mana lagikah digunakan hasil pungutan zakat fitrah tersebut?

    Klik jawapan »

83) PEMANSUHAN PPSMI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan golongan pelajar Bumiputera (terutama penduduk kawasan kampung dan pedalaman) supaya dapat menguasai pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dengan cemerlang di masa akan datang?

    Klik jawapan »

  2. Tiadakah insentif yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menggalakkan setiap pelajar menguasai bahasa ketiga (Mandarin/Tamil) untuk kemajuan bahasa di Negeri Selangor sekali gus menjadi individu yang berpotensi.

    Klik jawapan »

84) HOSPITAL SHAH ALAM

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan bilakah tarikh sebenar kerja-kerja pembinaan hospital tersebut dimulakan dan tarikh dijangkakan siap sepenuhnya?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah keseluruhan kos pembinaan hospital tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah dengan pembinaan hospital tersebut dapat menampung permintaan seluruh warga Bandaraya Shah Alam?

    Klik jawapan »

85) RIZAB SIMPANAN WANG PBT

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta satu senarai rizab simpanan wang setiap PBT sejak tahun 2007 hingga sekarang.

    Klik jawapan »

86) METER AIR INDIVIDU

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Pada pertengahan tahun ini, Kerajaan Negeri telah menggubal polisi yang mewajibkan meter air pukal di semua rumah pangsa kos rendah ditukarkan ke meter air individu. Berapakah meter air pukal yang sudah pun ditukarkan ke meter air individu?

    Klik jawapan »

  2. Jika belum dilaksanakan, apakah sebabnya?

    Klik jawapan »

87) KONTRAKTOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Sila berikan senarai kontraktor yang mendapat kontrak ( tanpa mengira amaun kontrak ) di MPSJ dan MBPJ semenjak Mac 2008 dan butir-butir kerja yang terlibat, kos, tarikh pendaftaran syarikat dan sebab kontraktor tersebut dipilih.

    Klik jawapan »

88) PENGGERAK BELIA TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan telah meluluskan pada 17 Jun 2009 peruntukan sebanyak RM2,822,400 setahun bagi tujuan PeBT. Berapa banyakkah dari peruntukan ini akan diagihkan untuk menjalankan program dan berapa banyak pula untuk membayar elaun?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah agihan peruntukan ini menurut PBT di seluruh Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri dalam menggerakkan PeBT?

    Klik jawapan »

89) KAWASAN KHAS BAGI PENGEDAR-PENGEDAR KERETA TERPAKAI DAN BENGKEL-BENGKEL KERETA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri sedang mencari tapak tanah atau kawasan khas untuk tujuan dijadikan satu tempat bagi pengedar-pengedar kereta terpakai dan bengkel-bengkel kereta sepertimana yang telah dilakukan bagi pengendali-pengendali operasi besi buruk?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kawasan-kawasan seperti seksyen 51 dan 51A Petaling Jaya telah dikenal pasti sebagai kawasan yang mungkin boleh digunakan untuk tujuan ini?

    Klik jawapan »

90) PENINGKATAN HARGA RUMAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Berlaku peningkatan harga rumah agak melampau di Bandar-bandar dan taman-taman perumahan. Sebuah rumah teres kalau dulu dalam lingkungan RM100,000 kini meningkat melebihi RM200.000 hingga dirasakan generasi anak-anak kita tidak lagi mampu membeli rumah kediaman, apa lagi bangunan komersil. Bagaimanakah kaedah penetapan harga rumah PKNS?

    Klik jawapan »

  2. Tidak adakah polisi Kerajaan Negeri tentang pengawalan harga rumah?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah polisi Kerajaan Negeri terhadap harga rumah swasta di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »