Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

111) PEMBERIAN TANAH DI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta senarai penuh tanah yang diberi kerajaan dan syarikat-syarikat kerajaan negeri Selangor kepada pemohon-pemohon individu dengan menyatakan lokasi, nombor lot, pemilik dan harga transaksi

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan senarai tanah dengan nombor lot dan nama pemilik di kawasan SS9A Petaling Jaya

    Klik jawapan »

112) KILANG BESI BURUK

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah lesen kilang besi buruk yang telah diluluskan dalam empat tahun yang lepas mengikut PBT dan senaraikan butir-butimya. (nama pemegang lesen, lokasi, tempoh lesen)

  2. Berapakah kilang besi buruk haram yang dikenal pasti dalam Selangor dalam empat tahun yang lepas mengikut PBT dan senaraikan butir-butimya? (pemunya, lokasi)

  3. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi mengatasi isu kilang besi buruk haram?

113) GERAI UNIT PERANCANGAN EKONOMI NEGERI (UPEN)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah perbelanjaan yang digunakan untuk membina gerai UPEN?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah gerai UPEN yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor? Sila berikan butir-butir mengikut kawasan DUN

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan penyewa-penyewa gerai UPEN di kawasan DUN Teratai

    Klik jawapan »

114) TANAH WAKAF

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak luas tanah wakaf yang telah dan belum didaftarkan di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah penggunaan dan hasil yang didapati dari tanah tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi memajukan tanah tersebut?

    Klik jawapan »

115) CADANGAN KENAIKAN KADAR AIR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah alasan utarna yang menyebabkan bekas Kerajaan Negeri Selangor memeterai perjanjian membenarkan pihak syarikat SYABAS menaikkan kadar air setinggi 37% pada 1 HB Jan 2009 ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap kadar kenaikan tersebut ?

    Klik jawapan »

  3. Adakah faktor Non- Revenue Water (NRW) yang berjaya dikurangkan juga diambil kira dalarn pertimbangan kenaikan kadar tersebut ?

    Klik jawapan »

116) PENGAGIHAN WANG ZAKAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Sebahagian daripada pelajar-pelajar Selangor antaranya yang belajar di Mesir dan guru agama negeri mendapat bantuan zakat didapati tidak telus. Bagaimanakah pengagihan zakat diberi kepada pelajar Selangor di Mesir

    Klik jawapan »

  2. Benarkah ada pelajar-pelajar dinafikan hak mereka mendapat bantuan zakat semata-mata kerana politik ?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan bercadang menaikkan gaji zakat guru-guru agama Selangor dari RM700/= kepada tidak kurang dari RM1,000/=sebulan?

    Klik jawapan »

117) KUARI DAN KILANG HARAM DI BANDAR SUNWAY SEMENYIH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Terdapat dua buah kuari dan kilang haram yang telah dibina berhampiran dengan kawasan perumahan di Bandar Sunway Semenyih yang mengancam kesihatan dan persekitaran penduduk setempat. Apakah langkah yang diambil oleh PBT untuk memantau operasi kilang dan kuari ini ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah Kerajaan negeri untuk mengelakkan pembinaan dan operasi kilang haram sedemikian serta langkah untuk mengalihkan kilang dan kuari ini daripada kawasan perumahan?

    Klik jawapan »

118) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR (UNISEL)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta senarai penuh jumlah bilangan pelajar dan pensyarah yang belajar dan berkhidmat di Universiti Industri Selangor (Unisel) mengikut kaum dan kursus setiap tahun sejak bermula

    Klik jawapan »

  2. Sama ada barisan pengurusan tertinggi Unisel akan diganti dengan golongan akademik berwibawa

    Klik jawapan »

119) KAKITANGAN AWAM KONTRAK

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah kakitangan awam tetap dan kakitangan awam kontrak yang terkini mengikut PBT dan apakah tempoh kontrak kakitangan awam kontrak?

    Klik jawapan »

  2. Apakah sebab sistem kakitangan awam kontrak diamalkan dan sila ulas sekiranya dasar ini diteruskan

    Klik jawapan »

  3. Sekiranya sistem kontrak diteruskan, apakah langkah-Iangkahyang akan diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan bahawa keberkesanan serta kebajikan kakitangan awam kontrak adalah terbela?

    Klik jawapan »

120) KAWASAN LAPANG DI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah kawasan lapang yang telah disewa kepada syarikat swasta? Sila berikan butir-butir mengikut kawasan DUN

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah kawasan lapang yang disalah gunakan oleh parti-parti politik? Sila senaraikan kawasan-kawasandan parti-parti politik yang terlibat?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan kerajaan negeri untuk mengambil balik kawasan-kawasan lapang berkenaan?

    Klik jawapan »