Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

81) GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah program dan bantuan Kerajaan Negeri untuk membantu golongan orang kurang upaya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kemudahan-kemudahanyang disediakan untuk golongan ini mengikut PBT?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah data terkini bilangan orang kurang upaya sehingga 2008 ini di Selangor dan terutamanya di Subang Jaya?

    Klik jawapan »

82) KEMUDAHAN BALAI POLIS, BOMBA DAN HOSPITAL DI KOTA DAMANSARA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan balai polis /bit polis, Balai Bomba , Klinik Kesihatan dan Hospital Kerajaan di kawasan DUN Kota Damansara dan berikan butiran lokasinya ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan untuk menyediakan lebih banyak tapak untuk pembinaan balai polis , membina Balai Bomba, klinik Kesihatan dan Hospital Kerajaan di Kota Damansara ?

    Klik jawapan »

83) GOLONGAN RAKYAT TERMISKIN DI DAERAH PETALING

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan bilangan isi keluarga termiskin mengikut kaum dan kawasan DUN di Daerah Petaling pada tahun 2007

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan bilangan unit rumah kos rendah yang telah disediakan di setiap kawasan DUN di Daerah Petaling sehingga sekarang untuk membasmi kemiskinan.

    Klik jawapan »

84) BANJIR KILAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan penempatan baru yang dibuka di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan tadahan hujan dan kawasan penebat banjir telah dibangunkan di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyakkah perbelanjaanyang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan negeri bagi menangani banjir kilat dan jumlah kerugian yang ditanggung akibat banjir kilat yang berlaku sepanjang tahun lalu?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh pihak kerajaan negeri bagi menangani masalah banjir kilat?

    Klik jawapan »

85) PROJEK PEMBANGUNAN DI KAWASAN SENSITIF ALAM

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Di manakah lokasi yang telah dikenal pasti sebagai kawasan sensitif alam sekitar di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan butir-butir mengenai pemaju-pemaju yang telah diluluskan untuk membangun di kawasan sensitif alam sekitar dalam tempoh empat tahun yang lepas dan apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap pemaju yang telah membangun di kawasan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah dasar pihak kerajaan bagi memelihara dan memulihara kawasan sensitif alam sekitar dalam negeri Selangor?

    Klik jawapan »

86) PEMBANGUNAN DI CERUN-CERUN BUKIT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Memandangkan terdapat beberapa kejadian bencana tanah runtuh di kawasan Hulu Kelang dan Bukit Antarabangsa, Sila kemukakan butiran jumlah projek pembangunan cerun-cerun bukit yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor sejak 15 tahun yang lalu di kawasan berkenaan

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan butiran bahawa pemindahan milik kawasan-kawasan cerun bukit dan takungan air di kawasan berkenaan daripada milik kerajaan kepada syarikat-syarikat swasta telah dilakukan mengikut peraturanyang ditetapkan

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-Iangkah yang telah diambil bagi pemuliharaan alam sekitar khususnya tindakan melindungi Bukit Taman Melawati daripada aktiviti pemusnahan flora dan fauna yang terdapat di situ

    Klik jawapan »

87) PROJEK USAHASAMA ANTARA ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI DAN SWASTA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis


  1. Dari manakah mereka mendapat pinjaman? Sekiranya pinjaman itu ditanggung Kerajaan Negeri ke manakah pinjaman itu dibayar?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan syarikat yang pinjamannya dilakukan dengan jaminan kerajaan dan berapakah jumlahnya

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri sekarang bagi menjamin peminjam-peminjam ini membayar semula segala pinjaman-pinjaman tersebut

    Klik jawapan »

88) PENGUSAHA-PENGUSAHA KILANG KECIL/DOMESTIC DI KAMPUNG BARU CINA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah kilang kecil/domestik yang terdapat di Kampung Baru Cina di seluruh Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan program dan bantuan pihak kerajaan negeri untuk membantu pengusaha-pengusaha terbabit seperti penempatan semula dan sebagainya?

    Klik jawapan »

89) LESEN PENIAGA DI JALAN KE-2, TAMAN LEMBAH MAJU

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Kawasan di Jalan ke-2, Taman Lembah Maju adalah kawasan rizab sekolah. Tapak tersebut telah disewa kepada syarikat jual beli kereta. Bagaimanapun, tapak tersebut kini berubah menjadi tapak kilang besi, bengkel kereta dan tempat menyimpan tandas bergerak. Mengapakah Majlis Perbandaran Ampang Jaya tidak mengambil tindakan terhadap kilang besi, bengkel kereta dan tempat menyimpan tandas bergerak itu?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan mengambil tindakan?

    Klik jawapan »

90) SKIM BAUCAR TUISYEN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis


  1. Serapa banyak kah kerajaan telah peruntukkan bagi program ini mengikut negeri dan daerah-daerah di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah skim ini berjaya membantu pelajar-pelajar yang kurang mampu dari segi pelaksanaannya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah alternatif lain yang lebih berkesan yang boleh di laksanakan?

    Klik jawapan »