Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

54) MENARIK BALIK RANCANGAN MENGAMBIL BALIK SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH YANG DISERAHKAN OLEH JAIS KEPADA KERAJAAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Pada pertengahan September 2008 pihak JAIS mengumumkan pembatalan untuk mengambil balik sekolah-sekolah agama menengah yang diserahkan kepada kerajaan Persekutuan. Tidakkah dibuat kajian sebelum pengumuman mengambil balik dulu diumumkan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah implikasinya jika pengambilan dibuat?

    Klik jawapan »

  3. Dengan tidak mengambil balik, tidakkah menjejaskan polisi pendidikan agama Islam di Selangor?

    Klik jawapan »

55) MASALAH PENTERNAKAN BURUNG WALIT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan jumlah pengusaha penternakan Burung Walit yang berlesen dan tidak berlesen mengikut daerah di seluruh Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Terdapat banyak percanggahan peraturan yang diguna pakai oleh semua PBT terhadap pengusaha tersebut. Kenapa keadaan sedemikian berlaku dan bilakah suatu garis panduan penyelarasan yang proaktif akan dilaksanakan ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang bakal diambil terhadap pengusaha yang menghasilkan pencemaran persekitaran dan kacau ganggu bunyi yang kuat ?

    Klik jawapan »

56) PENGGUNAAN PAKATAN RAKYAT SAH ATAU TIDAK

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Kita sedia maklum, Kerajaan Negeri dibentuk hasil daripada kerajaan campuran yang melibatkan parti PKR, DAP dan PAS. Sambutan 100 hari pemerintahan sudah pun dijayakan dengan gemilangnya dengan pelbagai sepanduk, bena, banting, risalah di bina dan diwarwarkan atas nama Pakatan Rakyat. Sudahkah Pakatan Rakyat didaftarkan dalam akta pertubuhan dan bilakah diluluskan dan nyatakan pemegang jawatan dalam organisasi berkenaan di peringkat Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas mana-mana pertubuhan yang tidak berdaftar dengan pendaftar pertubuhan menjalankan operasinya?

    Klik jawapan »

57) LAWATAN KE TEMPAT BENCANA ALAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bilangan pegawai kerajaan negeri yang lazimnya mengiringi YAB Dato Menteri Besar ke lawatan-lawatan di tempat yang dilanda bencana alam untuk menemui mangsa?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos perbelanjaan lawatan-lawatan seumpama itu?

    Klik jawapan »

  3. Apakah amalan yang akan dipraktikkan dalam penyampaian bantuan kepada mangsa bencana alam?

    Klik jawapan »

58) TANAH PERKUBURAN BUKAN ISLAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Kawasan tanah perkuburan bukan Islam yang disediakan oleh kerajaan semakin berkurangan. Penduduk-penduduk terpaksa mendapatkan tanah swasta untuk pengebumian dan kosnya adalah amat tinggi. Di kawasan Balakong, adakah tapak baru yang sesuai untuk dijadikan kawasan perkuburan bukan Islam?

    Klik jawapan »

  2. Jika ada di manakah tempat yang telah diwartakan untuk dijadikan tapak bagi perkuburan bukan Islam?

    Klik jawapan »

59) KESALAHAN LALU LINTAS PELAJAR BAWAH UMUR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Pelajar-pelajar sekolah di bawah umur dan tidak memiliki lesen memandu di Negeri Selangor. Apakah kadar kesalahan lalu lintas dan kemalangan jalan raya (termasuk kematian) yang melibatkan pelajar-pelajar tersebut.

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan secara bersepadu Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

60) PEMAJU PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Banyak aduan telah diterima daripada penghuni rumah-rumah pangsa mengenai unit rumah mereka yang rosak. Pemaju-pemaju yang bertanggungjawab sering memberi alasan bahawa segala kerosakan sudah tidak dalam tanggungjawab mereka. Masalah penduduk rumah panjang sementara di PJS 1 masih belum selesai. Pemaju Peters Brickwork melengah-lengahkan pembinaan pangsapuri Blok F atas alasan tiada kewangan sedangkan pembinaan pusat komersil sedang berjalan dengan pesat di tapak berdekatan. Bagaimana para penghuni boleh mendapat pembelaan setiap kali aduan mereka tidak dilayani?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan terhadap pemaju yang enggan menunaikan tanggungjawab terhadap pembeli unit pangsapuri?

    Klik jawapan »