Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

81) KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan maklumat terperinci mereka yang tergolong dalam kategori miskin (pendapatan sekeluarga kurang daripada RM1,500) mengikut pecahan PBT dan kaum. (jumlah penduduk, jumlah yang miskin)

    Klik jawapan »

  2. Apakah dasar kerajaan dalam mengurangkan jurang perbezaan pendapatan yang semakin meningkat dalam masyarakat khasnya dalam negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan dengan terperinci badan-badan yang terlibat dalam pembinaan semula rumah keluarga miskin di Selangor. (nama badan, bentuk bantuan, jumlah peruntukan).

    Klik jawapan »

82) ROMBONGAN MELAWAT SAMBIL BELAJAR OLEH ADUN, EXCO DAN KAKITANGAN KERAJAAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan semua rombongan dan ahli-ahli yang terlibat dalam melawat sambil belajar dari tahun 2004 hingga 2007?

    Klik jawapan »

  2. Sila sebutkan perbelanjaan untuk setiap rombongan

83) KESELAMATAN DALAM NEGERI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi kadar jenayah yang semakin meningkat di Selangor terutamanya di Petaling Jaya, Subang Jaya dan Klang?

    Klik jawapan »

  2. Adakah faktor keselamatan dalam negeri menjejaskan kadar pelaburan di Selangor? Sila berikan butir-butir.

    Klik jawapan »

84) LOMBONG BIJIH TIMAH DI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Berapa buah lombong timah yang masih wujud di Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Dimanakah lokasi yang paling utama

    Klik jawapan »

  3. Berapakah hasil keluaran tahunan yang masih diperolehi oleh negeri Selangor

    Klik jawapan »

85) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Adakah langkah-langkah yang diambil untuk membuat persiapan pada tahap masyarakat sivil untuk membentuk kerajaan tempatan secara memberangsangkan ahliahli dari pihak pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan untuk bersedia untuk mengandaikan jawatan-jawatan dalam kerajaan tempatan apabila pilihan raya kerajaan tempatan akan berlaku?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah anda menjangka pilihan raya kerajaan tempatan akan berlangsung pada akhir tempoh perkhidmatan jawatan ahli majlis dan kalau tidak, mengapa?

    Klik jawapan »

86) PROJEK-PROJEK PERUMAHAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah projek perumahan yang terbengkalai setakat ini di Negeri Selangor dan khasnya di daerah Sepang?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan dan bantuan telah diberikan oleh Kerajaan Negeri terhadap pembelipembeli?

    Klik jawapan »

87) MASALAH HAKISAN TANAH DI PARIT SEKINCHAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan masalah hakisan tanah terus berlaku di kedua-dua tebing longkang Parit 6 Taman Sri Sekinchan

    Klik jawapan »

  2. Adakah pihak Kerajaan bercadang untuk memberi pampasan atau ganti rugi kepada pemilik rumah Taman Sri Sekinchan yang mengalami kerosakan dan keretakan pada struktur rumah akibat hakisan dan mendapan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah pihak Kerajaan bersedia menaik taraf longkang Parit 6 dengan menggunakan ÒL- Shape Precast Concrete DrainÓdemi untuk menyelesaikan masalah tersebut?

    Klik jawapan »

88) HARTANAH MILIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta satu senarai hartanah dimiliki kerajaan negeri Selangor di negeri-negeri lain khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan memberi anggaran nilai semasa hartanah ini

  2. Meminta satu senarai hartanah yang pernah dimiliki kerajaan negeri di negeri-negeri lain tetapi dijualkan serta harga jualannya.

89) KUARI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Walaupun kebanyakan kuari atau lombong batu mematuhi pada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, masih terdapat banyak aduan bahawa kegiatan ini mengganggu ketenteraman awam seperti keretakan rumah. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa negeri dalam mengelakkan masalah tersebut daripada terus menghantui penduduk-penduduk, contohnya pencemaran bunyi, udara dan keretakan rumah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi mengawal aktiviti kuari yang terletak berdekatan dengan kawasan perumahan supaya kesan pencemaran bunyi dan udara dapat diminimumkan pada tahap yang selamat

    Klik jawapan »

  3. Kaedah-kaedah Kuari Selangor 2003 adalah tidak sempurna kerana hak penduduk yang berdekatan dengan kawasan kuari tidak terbela dalam kaedah tersebut. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Y.B. untuk menjaga/ memastikan keselamatan rakyat diutamakan?

    Klik jawapan »

90) ISU PENCEMARAN DAN PROJEK KITAR SEMULA DAN PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Punca-punca pencemaran alam sekitar di Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah yang disebabkan oleh pencemaran alam sekitar

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan projek perlindungan alam sekitar yang sedia ada dan akan dilancarkan oleh Kerajaan Neger

    Klik jawapan »