Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

201) ISU PEMBANGUNAN DI HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut


  1. Apakah penjelasan Kerajaan Negeri mengenai isu hutan simpan di Kuala Langat Utara bagi tujuan pembangunan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jenis pembangunan yang akan dijalankan di kawasan tersebut?

    Klik jawapan »

202) PENJANAAN TENAGA SOLAR DI BANGUNAN KERAJAAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Apakah status dan peningkatan pemasangan tenaga solar di bangunan milik Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Dari segi kapasiti, apakah kumulatif pemasangan ini dari segi MW?

203) PERUNTUKAN BAGI MEMBAIKPULIH JETI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah jeti nelayan yang berlesen dan tidak berlesen diseluruh negeri Selangor? Mohon nyatakan.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi memutihkan jet-jeti nelayan yang tidak berlesen?

    Klik jawapan »

  3. Apakah Êusaha proaktif Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap jeti nelayan dalam keadaan selamat?

    Klik jawapan »

204) SKIM AIR DARUL EHSAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut


  1. Tarikh pendaftaran Skim Air Darul Ehsan telah ditutup pada 31 Disember 2019. Bilakah Kerajaan Negeri akan mengumumkan tarikh pendaftaran baru kepada pemohon yang layak untuk mendaftarkan diri di bawah Skim Air Darul Ehsan?

    Klik jawapan »

205) PENGHAPUSAN DENGGI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bilangan kes denggi sejak tahun 2013?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan dan perancangan baru Kerajaan Negeri untuk pencegahan denggi?

    Klik jawapan »

  3. Apakah sebab rekod jangkitan denggi di Selangor masih tinggi?

206) PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan tindakan penyahwartaan hutan simpan di Negeri Selangor sejak Mei 2018.

    Klik jawapan »

  2. Adakah kajian impak alam sekitar ("Environmental Impact Assessment") telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor ataupun badan swasta yang lain?

    Klik jawapan »

207) PENCEMARAN PARIT DAN LONGKANG

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Agensi-agensi manakah yang bertanggungjawab ke atas penyelesaian dan penyelenggaraan masalah pencemaran parit-parit dan longkang di kawasan kampung?

    Klik jawapan »

208) APLIKASI SMART SELANGOR PARKING

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Aplikasi Smart Selangor Parking membawa kesenangan kepada rakyat Selangor semasa ingin membayar fi parkir di seluruh negeri. Adakah kerajaan akan bekerjasama dengan E-Wallet lain seperti Touch n Go demi memperbanyakkan kegunaannya?

209) GANGGUAN BEKALAN AIR DI TAMAN MELAWATI ZON C, E, G

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah punca kerapnya berlaku paip pecah di zon-zon tersebut dan apakah langkah-langkah segera yang akan dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah yang selama ini membebankan penduduk?

    Klik jawapan »

210) PROGRAM PERUMAHAN MAMPU MILIK RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut


  1. Adakah pihak Kerajaan Negeri melalui PKNS ada bercadang untuk membina rumah teres setingkat dengan kos harga bawah rm 150,000.00 di DUN Batang Kali?

    Klik jawapan »

  2. Sub-soalan telah di tolak