Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
1) PRESTASI KUTIPAN SAMPAH DAN PEMBERSIHAN OLEH KDEB
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan setakat ini bagaimanakah prestasi kutipan sampah oleh KDEB
-
Sila nyatakan setakat ini bagaimanakah prestasi kerja-kerja pembersihan oleh KDEB.
-
Sila nyatakan apakah perancangan jangka masa pendek dan panjang KNS dalam konteks mempertingkatkan mutu perkhidmatan kutipan dan pembersihan sampah.
2) PELAN INDUK PEMBANGUNAN PERTANIAN SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah cadangan penambahbaikan jangka pendek dan jangka panjang untuk sektor tanaman padi?
-
Apakah teknologi dan pendekatan yang disyorkan untuk mencapai objektif ini?
3) TABUNG AMANAH PENDIDIKAN UNISEL (TAU)
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria dan sasaran bagi Kerajaan Negeri dalam memperkenalkan Skim Tabung Amanah Pendidikan UNISEL (TAU) kepada pelajar-pelajar?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan
-
Jumlah pelajar yang mendapat manfaat?
4) PENCEROBOHAN HUTAN BAKAU
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah keluasan kawasan hutan simpan bakau yg telah di cerobohi di sepanjang pantai di negeri Selangor.
-
Apakah usaha untuk memulihkan semula hutan yg telah musnah akibat pencerobohan tersebut.
5) PROGRAM HIJRAH SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah cara-cara yang telah dan boleh diambil oleh kerajaan untuk memulihkan pinjaman usahawan yang diberi oleh Program Hijrah Kerajaan Selangor kepada mereka yang gagal membuat bayaran balik mengikut jadual seperti yang dijanjikan?
6) SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini skim tersebut?
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini skim tersebut?
7) MISKIN BANDAR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Kajian oleh UNICEF baru-baru ini telah mendapati kanak-kanak di kawasan bandar yang berpendapatan rendah mengalami tumbesaran yang terbantut. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor terhadap laporan ini?
8) PELABURAN KELUAR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci jumlah pelaburan yang keluar dari Selangor pada 2017?
-
Nyatakan jumlah kehilangan pekerjaan akibat perkara tersebut?
9) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah statistik bilangan rumah Selangorku yang dirancang, dilancarkan, sedang dibina dan siap dibina oleh PKNS?
-
Apakah purata kerugian atau subsidi PKNS bagi setiap rumah Selangorku yang dibina?
-
Berapa peratus hasil jualan PKNS adalah daripada rumah Selangorku?
10) TAPAK MASJID DAN SURAU YANG TELAH DI GAZETKAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah tapak yang telah di gazetkan di daerah Klang dan di Selangor?