Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1991

Bahagian

VI - AM

Seksyen

28

Tajuk

Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan.
28 [1]

Jika seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Enakmen ini ialah suatu pertubuhan perbadanan, orang itu apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang kemudian, denda tidak melebihi tiga puluh ribu ririggit.

28 [2]

Jika kesalahan yang telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan itu dibuktikan telah dilakukan dengan kerelaan atau pembiaran atau boleh dikaitkan dengan apa-apa kecuaian atas pihak pengarah, ppngurus, setiausaha atau lain-lain pegawai pertubuhan perbadanan itu yang serupa atau mana-mana orang yang berupa bertindak atas sifat sedemikian, dia dan pertubuhan perbadanan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum di bawah seksyen 27 atau subseksyen (1), mengikut yang mana berkenaan

28 [3]

Jika seseorang ejen atau pengkhidmat sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan atau melakukan apa-apa atau meninggalkan dari melakukan sesuatu (yang mana jika dilakukan atau ditinggal dari melakukan oleh pertubuhan perbadanan itu merupakan suatu kesalahan di bawah Enakmen ini), badan itu hendaklah, walau apapun yang ia tidak tahu-menahu mengenai kesalahan itu, disifatkan melakukan kesalahan itu dan boleh dihukum bagi kesalahan itu melainkan ia membuktikan bahawa—

(a) perbuatan atau peninggalan yang diadukan itu bukanlah dalam . bidang biasa pekerjaan pengkhidmatan itu atau agensi, ejen itu; atau

{b) perbuatan atau peninggalan yang diadukan itu telah dilakukan tanpa kerelaannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil pengawasan yang munasabah untuk mencegah perbuatan atau peninggalan  itu  sebagaimana dia sepatutnya ambil setelah mengambilkira segala ha1 keadaan kes itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.