Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1991

Bahagian

IV - Pelesenan Penternak

Seksyen

9

Tajuk

Lesen penternakan babi sementara
9 [1]

Sehingga suatu kawasan itu telah ditetapkan sebagai Kawasan Penternakan Babi, Pengarah  boleh,  atas permohonan, mengeluarkan suatu lesen penternakan babi sementara kepada mana-mana penternak babi yang sedia ada membenarkan orang itu terus melakukan penternakan babi di atas tapak yang sama bagi apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa terma, syarat dan sekatan sebagaimana dikenakan oleh Pengarah ke atas lesen itu mengikut budibicaranya yang mutlak.

9 [2]

Apabila sesuatu kawasan itu telah ditetapkan -sebagai Kawasan Penternakan Babi, apa-apa lesen penternakan babi sementara yang telah dikeluarkan tidak boleh diperbaharui, dan tempoh lesen itu, sebagaimana dinyatakan dalam lesen itu, tidak boleh dilanjutkan.

9 [3]

Mana-mana orang yang melakukan penternakan babi di atas tapak yang sama selepas tamat tempoh lesen penternakan babi sementara yang dikeluarkan kepadanya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan  boleh dikenakan denda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

9 [4]

Dalam seksyen ini, “penternak babi yang sedia ada” ertinya mana-mana orang yang telah pun melakukan penternakan babi pada hari Enakmen ini mula berkuatkuasa.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.