Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1991

Bahagian

I - Permulaan

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2 [1]

Dalam Enakmen ini, melainkan konteksnya menghendaki makna yang berlainan—

“alat pengangkutan” termasuklah kapal, keretapi, kenderaan, pesawat udara atau apa-apa cara pengangkutan lain dengan mana orang atau barang- barang boleh dibawa;

“babi” termasuklah babi hutan;

“hutan simpan kekal” mempunyai makna yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam Akta Perhutanan Negara 1984;

“jalan” mempunyai makna yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987;

“kaedah-kaedah” ertinya kaedah-kaedah yang  dibuat di bawah seksyen 30;

“Kawasan Penternakan Babi” ertinya mana-mana tempat yang ditetapkan sebagai Kawasan Penternakan Babi di bawah subseksyen (1) seksyen 6;

“kenderaan” mempunyai makna yang sama yang diberi kepadanya dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987;

“ladang babi” ertinya suatu tempat yang digunakan untuk penternakan babi;

“lesen” ertinya suatu lesen penternakan babi, termasuklah suatu lesen penternakan babi sementara, yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini;

“pegawai diberikuasa” ertinya pegawai yang dilantik di  bawah seksyen 4,

“pemegang lesen” ertinya seseorang yang mana lesen dikeluarkan kepadanya;

“pemunya” berhubung dengan babi ertinya seseorang yang memiliki babi atau bertanggungjawab bagi penjagaan, pengurusan, penternakan, pembiakan atau penyimpanan babi atau yang menjaga babi atau yang memeliliara, membiak atau menyimpan babi;

“pemunya” berhubung dengan tanah termasuklah seseorang yang kepadanya suatu lesen menduduki sementara    telah   dikeluarkan  di  bawah  Kanun          Tanah Negara membenarkan orang itu menduduki tanah itu;

“Pengarah” ertinya Pengarah Perkhidmatan Haiwan, Selangor;

“penternakan   babi”   ertinya melakukan mana-mana satu atau lebih perbuatan yang berikut:

(a) pembiakan babi;

(b) penternakan babi;

(c) penyimpanan babi;

(d) pengurusan babi;

(e) penjagaan babi;

“populasi babi dirian” ertinya jumlah babi yang hidup;

“populasi babi betina dewasa dirian” ertinya jumlah babi betina dewasa hidup yang sedang dikahwinkan termasuklah babi yang pernah bunting sekurang- kurangnya sekali dan babi yang telah beranak;

“sempadan” berhubung dengan ladang babi ertinya sempadan ladang babi selari dengan sepertimana dinyatakan dalam pelan susun atur ladang yang telah diluluskan;

“sisa babi” ertinya ekskreta, tahi atau air kencing babi, sisa bahan makanan babi atau air yang telah digunakan untuk mencuci babi atau kandang babi atau untuk mencurah longkang dan saluran yang mengandungi ekskreta, tahi atau air kencing babi;

“sisa babi yang tak diolah” ertinya apa-apa sisa babi yang telah tidak diolah mengikut piawai sebagaimana ditetapkan oleh kaedah-kaedah;

“sungai” mempunyai makna yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam Enakmen Air;

“tanah berimilik” mempunyai makna yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam Kanun Tanah Negara;

“tanah Kerajaan” mempunyai inakna yang sama  seperti yang diberi kepadanya dalam Kanun Tanah Negara;

“tanah melombong” mempunyai  makna  yang  sama Akta  seperti yang diberi kepadanya  dalam  Kanun  Tanah Negara;

“tanah rizab” mempunyai makna yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam Kanun Tanah Negara;

“Zon Penampan Babi” ertinya suatu kawasan yang ditetapkan sebagai Zon Penampan Babi di bawah subseksyen (2) seksyen 6.

2 [2]

Dalam Enakmen ini, apa-apa sebutan mengenai Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis tertentu termasuklah sebutan mengenai perundangan- perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.