Enakmen Perbadanan Taman Negeri Selangor 2005

Bahagian

BAHAGIAN III - PERBADANAN

Seksyen

11

Tajuk

Kuasa-kuasa Perbadanan
11

Perbadanan adalah mempunyai kuasa—
(a) untuk membuat kajian, penyelidikan dan pemeriksaan ke atas Taman-taman Negeri dan memberi perkhidmatan dan kemudahan yang cukup dan cekap bagi tujuan pemeliharaan yang baik;
(b) untuk mengambil langkah-langkah yang memastikan keselamatan dan kesejahteraan hidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan dalam sesebuah Taman Negeri berada dalam pemeliharaan ciri asalnya dan semulajadi;
(c) untuk menerima derma, pemberian, penerimaan harta alih atau harta tak alih daripada mana-mana punca dan mendapatkan kewangan dengan cara yang sah;
(d) untuk menyumbang dengan cara pemberian atau pinjaman terhadap perbelanjaan yang dikena atau yang akan dikenakan bagi pembaikan dan pemeliharaan Taman-taman Negeri yang ditubuh di bawah Enakmen ini;
(e) untuk mengkhaskan mana-mana bahagian sesebuah Taman Negeri sebagai tempat membiak bagi haiwan dan sebagai tempat semaian bagi tumbuh-tumbuhan;
(f) untuk menyediakan tempat penginapan, kemudahan dan perkhidmatan di dalam Taman-taman Negeri bagi tujuan tarikan kepada pelancong dengan tidak menyentuh penjagaan, kawalan dan pengurusan dengan sepatutnya; dan
(g) untuk mengatur dan mengawal kemasukan orang awam ke Taman-taman Negeri dan mengenakan fi bagi kemasukan dan penggunaan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.