Enakmen Perbadanan Taman Negeri Selangor 2005

Bahagian

BAHAGIAN VI - PELBAGAI

Seksyen

29

Tajuk

Penalti
29 [1]

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam Enakmen
ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya, tiada seseorang
pun melainkan Pengarah Taman Negeri Selangor atau pegawai
Perbadanan yang diberi kuasa melaksanakan tugas-tugasnya
dibenarkan melakukan apa-apa tindakan berikut semasa berada di
dalam kawasan Taman Negeri—
(a) memasuki atau membawa apa-apa jentera, senjata, bahan letupan, jerat, racun atau bahan berbahaya;
(b) memburu, membunuh, mencederakan, menangkap atau mengganggu apa-apa haiwan atau mengambil atau
memusnahkan apa-apa telur atau sarang burung;
Dengan syarat apa-apa hidupan liar boleh dibunuh bagi
mempertahankan nyawa manusia atau untuk melindungi daripada ditimpa kecederaan;

(c) memotong, merosakkan, mencederakan atau memusnahkan atau membakar apa-apa tumbuhan atau apa-apa benda yang mempunyai kepentingan kaji bumi, kaji purba, sejarah atau kepentingan sains;
(d) memasukkan apa-apa haiwan atau membenarkan sesuatu haiwan ternakan memasuki atau merayau-rayau di dalamnya atau memasukkan apa-apa tumbuh-tumbuhan ke dalamnya;
(e) mengalih apa-apa haiwan atau tumbuh-tumbuhan sama ada hidup atau mati;
(f) mengalih apa-apa galian atau benda yang mempunyai kepentingan kaji bumi, kaji purba, sejarah atau kepentingan sains;
(g) memusnahkan atau mencacatkan apa-apa benda sama ada yang bernyawa atau tidak; atau
(h) membina apa-apa bangunan di dalamnya.

29 [2]

Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabit kesalahannya boleh dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada dua belas bulan atau kedua-duanya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.